Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Batu Karang Dalam Hempedu

Batu karang hempedu juga dikenali gallstones (gall – hempedu, stones – batu) atau dalam medical cholelithiasis.

Batu Karang Dalam Buah Pinggang

Batu karang buah pinggang juga dikenali kidney stones (kidney – buah pinggang, stones – batu) atau dalam medical nephrolithiasis.

  • Lokasi

Gallstones terbentuk dalam hempedu

Kidney stones terbentuk dalam buah pinggang kanan atau kiri termasuk salur buah pinggang (ureter).

  • Cara batu terbentuk

Gallstones – Hempedu menyimpan cecair hempedu yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu kolesterol, garam hempedu dan bilirubin. Ketidakseimbangan salah satu daripada komponen ini akan membentuk kristal yang dipanggil batu hempedu.

Kidney stones- terbentuk apabila urin mempunyai kandungan kalsium, oksalat atau asid urik yang lebih tinggi daripada biasa.

  • Bahagian yang biasanya sakit

Gallstones – bahagian abdomen kanan atas atau sakit belakang. Merasa tidak selesa selepas makan.

Kidney stones – sakit pinggang kanan atau kiri, sakit belakang atau sakit di bahagian lower abdomen.

  • Pemeriksaan ultrasound yang diperlukan

Gallstones – Hepatobilliary system ultrasound. Memerlukan puasa selama 6 hingga 8 jam sebelum pemeriksaan.

Kidney stones – KUB ultrasound. Perlu minum air dan menahan pundi kencing sebelum pemeriksaan dijalankan.

Di mana nak buat pemeriksaan ni?

Anda boleh membuat pemeriksaan ultrasound di Klinik As-Salam. Sonografer kami berpengalaman luas dalam pemeriksaan ini serta ramah dalam menyantuni anda. Pastikan anda membuat pemeriksaan ini dengan segera supaya anda tahu tahap kesihatan di dalam tubub badan anda.

Anda boleh book slot temujanji dengan tekan LINK ini https://kliniksalam.com/bm/perkhidmatan/imbasan-ultrasound/

Hubungi Careline Klinik As-Salam di talian 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan.

Scroll to Top