Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Tanda & Gejala Penyakit Chicken Pox

Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Jika anak-anak anda mempunyai tanda dan gejala segera dapatkan nasihat dan rawatan.

Dapatkan rawatan dari doktor yang terlatih dan berpengalaman di Klinik As-Salam.

Careline: 03-9078 3030
Website: www.kliniksalam.com

#klinikassalam

Scroll to Top