Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Persiapan Ibu Bapa Sebelum Anak Bersunat : Apa yang Perlu Anda Tahu?

Sunat atau berkhatan sememangnya menjadi perkara wajib di dalam Islam. Cuma bersunat pada masa kini, mempunyai pelbagai cara. Terpulang juga kepada ibu bapa, sama ada mahu bersunat dengan cara yang mana satu, mengikut kepada keselesaan sendiri. Sama ada bersunat cara moden atau tradisional, jom kita lihat antara persediaan yang ibu bapa perlu sediakan.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk membantu anda bersedia untuk sunat anak lelaki anda:

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Ibu bapa hendaklah memaklumkan kepada anak tentang bersunat agar mereka bersedia dari segi mental
Ibu bapa memainkan peranan yang kuat di dalam hal ini. Ibu bapa juga boleh berterus terang dengan anak tentang realiti bersunat. Jika mereka hendak menangis semasa menahan kesakitan, biarkan sahaja. Kerana menangis sememangnya lumrah manusia.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Pujuk mereka dengan hadiah dan ceritakan kelebihan apabila mereka sudah bersunat
Memberi hadiah kepada anak tiada salahnya. Cuma tekankan juga kepada mereka tentang kelebihan bersunat, ganjaran dan sebagainya. Hadiah boleh menjadi sampingan sahaja kepada mereka.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Tiba 10 minit awal dari masa temujanji untuk proses pendaftaran di klinik
Ini kerana, sebelum proses bersunat, pihak klinik akan memberi ubat kepada anak yang bakal bersunat dan proses yang lain-lain. Lebih baik untuk kita tiba awal di klinik, jika terdapat sebarang masalah, masih boleh diselesaikan kerana mempunyai masa lagi.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Bersedia untuk rawatan selepas
Selepas sunat, zakar anak anda akan sensitif dan sakit. Anda perlu menjaga kawasan tersebut bersih dan kering untuk mengelakkan jangkitan. Doktor berkemungkinan akan memberikan arahan tentang cara merawat zakar anak anda, termasuk bagaimana untuk membersihkannya.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi kebaikan panduan kepada ibu bapa yang sedang merancang untuk hantar anak bersunat.

Untuk membuat temu janji bersunat di Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/bm/perkhidmatan/berkhatan/

Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #berkhatan

Scroll to Top