Search
Close this search box.

Ada tak ibu-ibu yang sakit pinggang masa hamil yang teruk macam saya?

Nak tahu punca dan perlu buat apa? Mommies boleh cuba amalkan di rumah ya.

Kalau cara nak kurangkan sakit pinggang, saya selalu tuam pinggang atau belakang badan dengan air panas atau heating pad. Rasa lega sikit bila dah tuam tu. Baru boleh baring dengan aman.

Selain tu, saya ada juga cuba untuk lakukan senaman yang sesuai dengan ibu mengandung. Google dan tengok video di Youtube saja untuk belajar. Antara yang dapat membantu dengan sakit pinggang malah memudahkan proses bersalin ialah senaman yoga atau pilates.

Mandi air panas pun membantu kalau saya sakit pinggang masa hamil. Ianya dapat meredakah otat-otot di bahagian pinggang belakang kita. Badan jadi selesa sangat lepas mandi. Refreshing!

Macam saya, ada masa sakit pinggang tapi tak larat nak lakukan tips-tips lain kan, saya akan berehat atau baring terus di atas katil. Betulkan semula postur badan. Penat nak bawa kandungan ni, mommies-mommies je yang rasa kan? Huhu

Buat masa ni, cara-cara ni dapat membantu sakit pinggang saya masa hamil anak yang lepas. Bagi bakal mommies atau yang baru hamil dan nak buat pemeriksaan antenatal, jom rekodkan kandungan mommies dengan Klinik As-Salam!

Bila buat pemeriksaan antenatal dan checkup di sini, memang best.

❤️Klinik As-Salam berpengalaman selama 12 tahun

❤️Doktor yang sangat berkualiti

❤️Masa menunggu giliran cepat

❤️Beroperasi 24 Jam sehari (tidak termasuk di Kota Kemuning & Seksyen 7)

❤️Ruang dalam klinik macam lobi hotel 5 star!

Sebarang tempahan slot boleh ke:
https://book.kliniksalam.com/customer
Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #antenatal

Scroll to Top