Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Hari tu aku joint Team Outreach Klinik As-Salam di sebuah event. Ada seorang pakcik ni datang dan bagitahu aku, nama dia terpilih dalam senarai Tabung Haji untuk ke Tanah Suci tahun ni. Tapi pak cik ni, ada situasi sedikit. Anak dia ada sorang je, tu pun kerja luar negara. Jadi dia banyak uruskan diri sendiri.

.

Disebabkan tu banyak perkara dia tak prepare lagi. Jadi banyak benda juga la dia tanya aku. Antara pertanyaan dia, “Pakcik lambat lagi nak pergi. Paling lewat bila kena ambil vaksin haji ye dik?”

Aku pun jawab la sambil nasihatkan pakcik ni, “Pakcik walaupun lewat… Kalau boleh pakcik segerakan urusan persediaan ni. Elakkan buat last minute. Untuk vaksin haji ni pakcik, sekurang-kurangnya kita perlu buat 14 hari sebelum bertolak.”

Pakcik tu tanya lagi, “Eh nape 2 minggu pulak?”

Aku pun jawab, “Sebab… Badan kita perlukan masa untuk menghasilkan antibodi selepas vaksin disuntik. Antibodi ni yang akan bertindak untuk halang kuman dari menjangkiti kita nanti pakcik.”

“Oooo… Kalau macam tu pakcik cucuk sekarang boleh ke?”

Aku pun jawab sambil senyum, “Mestilah boleh.” Dan aku pun tunjukkan pakej vaksin yang ada di Klinik As-Salam.

.

Kepada bakal-bakal jemaah Haji yang ingin dapatkan vaksin Haji. Boleh dapatkan vaksin anda di Klinik As-Salam. Nak buat pemeriksaan kesihatan untuk pergi Haji pun boleh! Anda boleh book appointment anda dengan KLIK

https://book.kliniksalam.com/customer

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-9078 3030.

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #haji

Scroll to Top