Search
Close this search box.

Jaundis dan bayi memang perkara biasa yang sering kita dengar. Pelbagai tips yang dilakukan dari golongan dahulu dan masih ada mengamalkannya sehingga ke hari ini. Namun, perkara tersebut akan mendatangkan risiko kepada bayi tanpa kita sedari.

Bagi ibu bapa yang kurang pasti tentang jaundis, jaundis adalah keadaan yang biasa pada bayi baru lahir yang disebabkan oleh penimbunan bilirubin, pigmen kuning yang dihasilkan apabila sel darah merah pecah.

Ini 3 petua yang sering diamalkan tetapi berisiko untuk bayi jaundis

  1. Menjemur bayi ❌
    👶🏻 Sinaran matahari yang secara tidak langsung (menerusi cermin/tingkap etc) tidak boleh mengurangkan kuning anak. Sinaran secara langsung pula boleh mengakibatkan bayi menjadi kering(dehidrasi) atau kenaikan suhu bayi. Cahaya matahari yang terik (selepas 9am) juga akan mencetuskan masalah kulit pada masa yang akan datang.
    .
  2. Memberi susu lembu dan kambing/ madu asli/ air anggur/ tebu hitam/ serbuk mutiara/ sengkuang cina kepada bayi ❌
    👶🏻 Usus bayi di bawah 6 bulan belum lagi matang. Pemberian makanan selain susu ibu akan menyebabkan penyakit usus lain. Susu kambing mengandungi protein yang tinggi. Ini mungkin akan menyebabkan darah bayi berasid urik atau menyebabkan alahan.
    .
  3. Hentikan susu ibu dengan alasan susu ibu menyebabkan kuning ❌
    👶🏻 Penawar kepada Breastmilk Jaundice adalah SUSU IBU! Jangan menghentikan penyusuan. Teruskan memberi susu kepada mereka. Jika tidak cukup, boleh diganti dengan susu formula.

Bagi ibu ayah yang masih mencari klinik yang boleh memeriksa kadar bacaan jaundis bayi, kami di Klinik As-Salam ada menyediakan servis dan khidmat pemeriksaan TSB atau pemeriksaan tahap bilirubin.

Ibu ayah hanya walk in Klinik As-Salam dan boleh terus melakukan pemeriksaan!

Sebarang maklumat lanjut, ibu ayah boleh ke website rasmi kami
https://kliniksalam.com/

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #jaundis

Scroll to Top