Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

1) Biasakan untuk bersahur
Jika sebelum ini anda kurang bangun untuk bersahur, tidak pada kali ini. Anda perlu bangun dan mengalas perut sekurang-kurangnya menjamah sedikit kurma dan air. Anda boleh elakkan mengambil makanan yang mungkin akan meningkatkan kebarangkalian gastrik anda akan berlaku.
.
2) Berbuka tepat pada waktunya
Ini dapat membantu untuk mengelakkan gastrik daripada berulang. Ini kerana gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).
.
3) Pemilihan makanan dan minuman ketika berbuka
Elakkan untuk mengambil makanan yang bergoreng, pedas, bergas, kandungan asid yang tinggi, kafein dan juga makanan yang diproses. Jika anda memilih makanan dan minuman yang betul, maka gastrik di bulan puasa dapat dikurangkan.
.
4) Jangan merokok dan makan lewat malam
Sudah menjadi lumrah untuk kita makan pada lewat malam sebagai santapan moreh. Ini tidak menjadi masalah jika anda sentiasa berjaga-jaga dengan pemilihan makanan. Moreh atau “supper” juga seeloknya perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.
.
5) Minum air kosong
Kita sering terlepas pandang mengenai kepentingan mengambil air kosong yang mencukupi. Anda boleh cuba untuk mencukupkan kandungan air yang diperlukan dalam sehari seperti 8 gelas sehari.
.
6) Elakkan makanan pencetus gastrik
Anda seharusnya peka dengan makanan dan minuman yang bakal membuat anda gastrik. Seperti makanan berminyak, berlemak.
.
7) Ambil makanan serat tinggi
Serat banyak dijumpai pada buah, sayur, kekacang, beras dan gandum. Makanan yang kaya dengan serat tinggi biasanya mengandungi karbohidrat kompleks.
.
Jika anda mengalami gastrik di bulan puasa ini, jangan teragak-agak untuk terus ke KLINIK AS-SALAM dan berjumpa dengan doktor kami!
.
Semua cawangan Klinik As-Salam beroperasi selama 24 Jam sehari!!! (tidak termasuk cawangan Kota Kemuning & Seksyen 7).
Kami sedia membantu anda, pada setiap masa!

Sebarang tempahan slot boleh ke:
https://book.kliniksalam.com/customer
.
Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/

klinikassalam #ertihiduppadamemberi #ramadhan

Scroll to Top