Masalah Bengkak Susu Dari Puan Nina (Cerita Sebenar Dari Customer)
Seperti kebiasaan selepas kelahiran anak, kita akan mengalami bengkak susu. Cuma kali ni Nina rasa lain, sebab selain bengkak payudara Nina rasa sakit dan anak tak nak menyusu di bahagian yang sakit tu.
Dan ia membengkak berbulan-bulan dah. Dia punya sakit Allah saje yang tahu. Anak pula menangis tak nak menyusu, Nina risau sangat.
Lepas merujuk dengan beberapa kawan, mereka kata eloklah jumpa doktor dan buat check up. Nina pergi jumpa doktor dan doktor scan. Lepas dapat result doktor bagitahu Nina… Nina disahkan menghidap kanser payudara.
Mengalir air mata Nina bila dapat tahu dari doktor. Rupanya selama ni baby Nina tak menyusu dekat bahagian sakit tu adalah sign ada sesuatu tak kena selain bengkak.
Kalau Nina tahu dah tentu Nina awal-awal dah jumpa doktor dan scan agar kanser tu tak merebak teruk.
Para wanita tidak kira sama ada yang telah berkahwin atau bujang, dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor dan membuat scan payudara sekiranya perlu.
.
Tak semestinya scan payudara je, scan dan lakukan juga pemeriksaan di bahagian yang lain juga.
Punca Bengkek Susu – Kemungkinan Kanser Payudara!
Sebab-sebab berlakunya kanser payudara belum sepenuhnya dikenali. Wanita dengan riwayat keluarga yang mempunyai kanser payudara berisiko lebih tinggi mendapat penyakit tersebut, terutamanya jika mereka mula haid pada usia muda. Hormon wanita mempengaruhi pembahagian sel di dalam payudara, dan ini mungkin menyebabkan kanser payudara. Risiko kanser payudara juga meningkat untuk wanita yang berusia melebihi 40 tahun berbanding dengan wanita yang lebih muda.
Simpton Untuk Kanser Payudara
Gejala dan tanda-tanda kanser payudara boleh merangkumi:
- Benjolan tidak berbahaya dalam payudara.
- Pelepasan atau pendarahan tidak normal dari puting.
- Kedutan atau lipatan pada permukaan kulit payudara.
- Ruam dan gatal yang tak berhenti di sekitar kawasan puting.
- Puting yang tampak tertekan masuk atau seolah-olah diseret ke dalam.
- Pembengkakan serta penebalan kulit di sekitar area payudara.
Rawatan Untuk Pembengkakan Payudara
Menghadapi masalah pembengkakan payudara ketika menyusui? Berikut adalah beberapa cadangan rawatan yang boleh dicuba di rumah:
- Tuam payudara dengan air hangat (bukan air yang mendidih) untuk memudahkan aliran susu.
- Mandi air panas sambil mengarahkan air panas ke arah payudara adalah pilihan lain. Jangan lupa urut payudara dengan gerakan melingkar semasa mandi.
- Pastikan anda menyusui bayi setiap dua hingga tiga jam. Jika bayi sedang tidur namun susu masih keluar, cuba pam susu tersebut.
- Urut payudara secara perlahan untuk meningkatkan aliran susu dan mengurangkan rasa tidak selesa akibat pembengkakan.
- Jika payudara membengkak, cuba perah susu dengan tangan untuk menjaga kelembutan areola.
- Jika anda menyusui bayi secara langsung, cuba kurangkan frekuensi pemampan susu.
- Aplikasikan kompres dingin, seperti air batu, pada payudara sebelum dan selepas menyusui.
- Elakkan memakai bra yang terlalu ketat agar saluran susu tidak tersumbat.
- Jika pembengkakan menyebabkan ketidakselesaan yang berlarutan, pertimbangkan untuk mengambil ubat. Tetapi, berunding dengan doktor sebelum membuat keputusan.
Imbasan Ultrasound Wanita Pakej – Untuk Pemeriksaan Bengkak Susu
Hubungi Careline Klinik As-Salam 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan – https://kliniksalam.com/bm/perkhidmatan/imbasan-ultrasound/pakej-ultrasound-wanita/