Bila tiba musim berkhatan, ibu ayah akan menjadi sibuk sedikit dari kebiasaan. Untuk sentiasa menjaga pantang larang selepas berkhatan, dari segi makanan, cara berpakaian atau pun tempat.
Tapi kadang-kadang, bagi ibu ayah yang pertama kali untuk menguruskan anak yang berkhatan, mesti ada yang terfikir cara untuk menggantung kain di rumah selepas berkhatan atau bersunat kan?
Jom lihat, 5 teknik menggantung kain di rumah selepas bersunat!
✅ Alat Permainan Bayi
Ibu ayah yang masih menyimpan alat permainan anak-anak khasnya digunakan semasa anak masih bayi, boleh gunakan sementara proses pemulihan selepas berkhatan. Hanya letakkan kain di atas dan siap! Sudah tertutup dengan selamat!
✅ Gantung Kain Konsep Ampaian
Cara ini merupakan salah satu cara atau Teknik yang terkenal dari zaman dahulu. Anda boleh lakukan sendiri dengan menggunakan tiang dan tali seperti sepit baju dan jadilah tempat gantung yang simple. Mudah saja, mesti boleh buat punya!
✅ Tripod
Buat ibu bapa yang fotographer atau memang suka bergambar, semestinya akan ada satu buah tripod di rumah masing-masing. Boleh juga guna dan gantungkan sahaja kain dengan tali di tripod anda.
✅ Guna Kotak Jadi Ala-Ala Meja Hidangan
Lari dari kebiasaan gantung dengan tali, kali ini lebih kreatif dan rare. Macam hidangan di hotel-hotel mewah semasa bersarapan dan dibawakan khas hidangan sampai ke atas katil. Ini memang layanan bak raja!
✅ Guna Paip PVC
Para ayah boleh ke kedai hardware dan beli sahaja beberapa pasang paip pvc, cantumkan dan siap! Mudah, murah dan selamat juga.
Harap dengan sedikit perkongsian dari kami ini, dapat membantu ibu ayah dengan menyediakan tempat dan cara mengikat kain untuk anak selepas berkhatan dan bersunat.
Bagi yang masih mahu melakukan khatan dan sunat kepada anak lelaki, boleh daftarkan slot anak bujang anda di
https://kliniksalam.com/bm/perkhidmatan/berkhatan/
Sebarang maklumat yang lebih, boleh ke website kami
https://kliniksalam.com/
Kredit: Selongkar 10