Klinik As-Salam

Pembersihan atau Cuci Hidung Bayi Dari Klinik As Salm

Pembersihan & Cuci Hidung Bayi 

Sekiranya, hidung bayi tersumbat mungkin nampak remeh, tapi bagi bayi, ia boleh jadi masalah serius. Sebab itu,  kami mengesyorkan servisk cuci hidung bayi dengan selamat & berkesan!

Bayi sangat bergantung pada pernafasan melalui hidung, terutama ketika menyusu dan tidur. Jika saluran hidung mereka tersumbat dengan lendir atau kotoran, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesukaran menyusu dan masalah pernafasan. Sebab itu, pembersihan hidung bukan sekadar membersih — ia penting untuk memastikan kesihatan bayi terjaga.

Kenapa Pembersihan Hidung Penting untuk Bayi?

Mencegah kesesakan hidung dan kesukaran bernafas!

– Bila hidung bayi penuh dengan lendir, mereka susah nak bernafas – terutama semasa tidur atau menyusu.

 Mengurangkan risiko jangkitan telinga dan sinusitis!

– Lendir yang terkumpul boleh masuk ke saluran lain (macam ke telinga), dan ini boleh menyebabkan jangkitan.

Membantu bayi menyusu dan tidur dengan lebih baik!

– Bayi yang hidungnya bersih lebih senang menyusu dan tidur tanpa gangguan.

Mencegah pengumpulan lendir yang boleh menyebabkan jangkitan bakteria!

– Lendir yang tidak dibersihkan lama-lama boleh jadi tempat pembiakan bakteria, dan boleh buat bayi jatuh sakit.

Cuci hidung secara berkala dapat mengelakkan komplikasi pernafasan, terutama untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak kecil yang lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Bila Perlu Membawa Bayi Anda untuk Pembersihan Hidung?

Beberapa keadaan yang perlu Ibu Bapa untuk meneliti:

  • Bayi susah bernafas ikut hidung – Kalau nampak bayi asyik buka mulut untuk bernafas, mungkin hidung dia tersumbat dan perlukan bantuan.
  • Hidung tersumbat atau berair tak henti-henti – Jika lendir keluar terlalu lama atau hidung macam tersumbat sepanjang masa, elok diperiksa.
  • Bunyi nafas pelik atau berdengkur kuat – Nafas bayi berbunyi, macam ada sesuatu dalam hidung, atau berdengkur walaupun bukan waktu tidur malam – ini tanda perlu dibersihkan.
  • Susah menyusu sebab tak boleh bernafas elok – Bayi mungkin tolak menyusu atau berhenti selalu sebab tak selesa nak tarik nafas.
  • Ada lendir tebal & likat yang nampak jelas – Jika lendir dalam hidung nampak pekat atau kuning/hijau, mungkin dah sampai masa untuk dibersihkan dengan betul.

Bagaimana Prosedur Pembersihan Hidung Dilakukan di Klinik As-Salam?

Di Klinik As-Salam, pasukan perubatan kami menggunakan teknik yang selamat dan lembut:

  • Penilaian keadaan hidung bayi
  • Penggunaan larutan saline steril untuk melonggarkan lendir
  • Sedutan lembut untuk membersihkan saluran hidung
  • Teknik percussion atau tepukan dada ringan untuk membantu melonggarkan kahak di saluran pernafasan
  • Pemantauan bagi tanda-tanda jangkitan atau kerengsangan

Kenapa Pilih Klinik As-Salam? Tempah Janji Temu Hari Ini!

✔ Doktor mesra kanak-kanak yang berpengalaman

✔ Persekitaran bersih dan selamat

✔ Peralatan perubatan moden

✔ Perkhidmatan 24 jam di cawangan terpilih

Jangan tunggu sehingga masalah hidung bayi bertambah teruk. Bawa bayi anda ke Klinik As-Salam hari ini untuk pemeriksaan dan pembersihan hidung yang selamat dan berkesan. Cawangan tertentu buka 24 jam untuk kemudahan anda.

Untuk temujanji atau maklumat lanjut, 

Scroll to Top