Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Vaksin Tambahan yang Disyorkan

Apa itu Vaksin Tambahan Yang Disyorkan?

Pada masa kini, terdapat 5 vaksin lain bagi mencegah penyakit yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak.

1) Cacar air (Chickenpox) – Penyakit mudah berjangkit yang menyebabkan demam dan kulit melepuh.

2) Hepatitis A- Jangkitan hati disebabkan virus hepatitis A.

3) Influenza – Jangkitan virus pada hidung, tekak dan paru-paru.

4) Penyakit Meningokokus – Jangkitan bakteria pada lapisan otak dan saraf tunjang yang boleh menyebabkan hilang upaya yang kekal.

5) Rotavirus – Menyebabkan muntah dan cirit-birit teruk dalam kalangan bayi.

Kebanyakan vaksin yang disebutkan di atas memberi perlindungan terhadap penyakit yang sering menjangkiti kanak-kanak. Malah, Vaksin Tambahan Yang Disyorkan ini juga boleh mengelakkan wabak atau epidemik penyakit. Ia penting seperti mana imunisasi rutin dalam memberi perlindungan kepada anak anda daripada penyakit cegahan vaksin.

Klinik As-Salam menyediakan perkhidmatan Program Vaksin yang disenaraikan di atas.

Dapatkan nasihat dari doktor yang berpengalaman di Klinik As-Salam.

Walk-In ke Klinik As-Salam atau buat temujanji melalui website yang disediakan.

Website: www.klinikassalam.com
Careline: 03-9078 3030

#klinikassalam

Scroll to Top