Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

SELAMAT HARI WANITA ! : Adakah Anda Sihat?

Adakah anda wanita yang sihat?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.

Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak.

Apakah itu ujian saringan?

Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan rawatan.

Sebagai contoh, sekiranya jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan jantung.

Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:

  • Kegemukan (Obesiti)
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Paras kolesterol dalam darah
  • Kanser payudara
  • Kanser pangkal rahim

Mengapakah saya harus membuat ujian saringan untuk keadaan tersebut?

Kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko yang utama untuk penyakit jantung dan angin ahmar. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung.

Kanser payudara dan kanser pangkal rahim boleh dirawat jika dikesan awal. Ia adalah jenis kanser utama dikalangan kaum wanita di Malaysia.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

Jumpa doktor anda atau boleh datang ke Klinik As-Salam

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan wanita:
anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#selamathariwanita #happywomensday #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #internationalwomensday #ramadan #terpalingsihat #terpalingsihatraya

Scroll to Top