RASA PENING SELEPAS MAKAN KUPANG . SILA DAPATKAN RAWATAN SEGERA

Pelanggan datang ke Klinik As-Salam dan mengadu telah diserang rasa pening, muntah-muntah dan kebas-kebas 

Terkini, kami baru terima kes seorang dari pelanggan(PT) di Klinik As-Salam telah 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠 , 𝐦𝐮𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐦𝐮𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐬-𝐤𝐞𝐛𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 selama 2 hari. Kami bertanya tentang aktiviti dua hari ini dan apa yang PT telah makan, PT mengadu ada makan seafood di Negeri sembilan semasa berbuka puasa bersama keluarga. Paling banyak diambil adalah kupang sebab kesukaannya.

Berdasarkan simptom, sejarah pesakit yang makan kupang dan kes yang hampir sama di Negeri Sembilan baru-baru ini membuatkan doktor Klinik As-Salam yakin PT ini telah diserang 𝑷𝒂𝒓𝒂𝒍𝒚𝒕𝒊𝒄 𝑺𝒉𝒆𝒍𝒍𝒇𝒊𝒔𝒉 𝑷𝒐𝒊𝒔𝒐𝒏𝒊𝒏𝒈 iaitu penyakit berkaitan dengan keracunan makanan yang melibatkan makanan laut berkerang !
Pelanggan(PT) kami ini terkejut selepas didiagnosis kerana sebelum ini lauk kupang adalah makanan yang biasa diambil hampir setiap minggu dan tiada masalah yang timbul namun kali ini PT telah mengalami gejala luar biasa. PT telah dirujuk ke hospital yang berdekatan untuk memastikan dalam keadaan yang stabil.

Untuk pengetahuan, setakat ini terdapat hampir 10 kes di Hospital Port Dickson, melibatkan kes keracunan makanan berkerang dan seterusnya 2 daripada pesakit tadi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) !

Tahniah doktor dari Klinik As-Salam kerana telah berjaya membuat diagnosis dan tindakkan awal seterusnya merujuk kes ini ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya.

Berbalik kepada diri anda,
adakah anda merasa pening melebihi sehari?
Ada merasa seperti lemah atau kebas-kebas badan?
Ada makan makanan laut melibatkan kupang?

Berkemungkinan anda berasa pening disebabkan toksik dari 𝑷𝒂𝒓𝒂𝒍𝒚𝒕𝒊𝒄 𝑺𝒉𝒆𝒍𝒍𝒇𝒊𝒔𝒉 𝑷𝒐𝒊𝒔𝒐𝒏𝒊𝒏𝒈. Jika anda mengalami seperti gejala yang disebutkan tadi.
𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐑𝐀𝐍!

— – – – – – – – – – – – – – – – – – –
Raya hampir tiba, kami menasihatkan anda agar mengelakkan untuk mengambil makanan melibatkan kupang dan kerang, terutama sekali jika anda meraikan raya dengan rendang kupang.

— – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Untuk bacaan lanjut klik link ini
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/657870

Scroll to Top