Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

MENINGITIS : Jangkitan Selaput Otak dan apa gejala-gejalanya?

MENINGITIS Siapa yang tinggi risiko?

 

Jangkitan selaput meninges (Meningitis) berlaku biasanya kerana jangkitan kuman pada bahagian lain merebak ke bahagian otak.

Risiko kepada :

  • kanak-kanak berumur kurang 5tahun
  • Pesakit kanser
  • Warga emas
  • Pesakit yang mengalami masalah sistem imuniti rendah seperti : Pesakit Diabetes, buag pinggang atau hipoparatirodisme
  • Pesakit menjalani prosedur pembuangan limpa.
  • Mengunjungi tempat orang ramai berkumpul (seperti semasa musim Haji)

90% KES kanak-kanak kurang daripada 5 tahun

 

Antara gejala-gejala atau tanda-tanda penyakit Meningitis ialah :

  • Demam
  • Ruam atau bintik-bintik meah yang merebak dengan cepat ke seluruh badan
  • Sakit kepala dan muntah-muntah
  • Rasa kurang selesa, merengek.
  • Kurang bermaya, kurang menyusu.

Rawatan awal pesakit penting bagi mengelak komplikasi kekal.

 

Apakah komplikasi kekal disebabkan kuman meningokokus?

 

  •  pekak
  • lumpuh
  • buta
  • kecacatan otak

Jemaah Haji dan Umrah perlu mengambil vaksin meningokokus sebelum berlepas ke Tanah Suci, bagi mencegah penyakit meningitis yang disebabkan oleh kuman meningokokus.

 

✅Pada masa ini, vaksin meningokokus ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta seperti di Klinik As-Salam.

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan, kebimbangan penyakit dan persiapan sebelum berlepas ke tanah suci , boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

sumber : Portal Rasmi Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia

#meningitis #jangkitan #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #jemaahumrah #cutiraya #ramadan #terpalingsihat #terpalingsihatraya #rayaaidilfitri #raya #jemaahhaji #persiapanhaji 

Scroll to Top