Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

INFLUENZA : Siapa yang paling berisiko mendapat penyakit influenza ini dan bagaimana pula cara untuk mencegah dari mendapat influenza?

INFLUENZA boleh menyebakan RADANG OTAK !

 

🦠 Kanak-kanak amat terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Influenza adalah salah satu daripada ancaman tersebut. Penyakit ini menyebabkan antara 290,000 dan 650,000 kematian berkaitan masalah pernafasan setiap tahun di seluruh dunia, dan kebanyakannya melibatkan kanak-kanak yang masih kecil.

🤧 Jangkitan Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

Lebih Muda, Lebih Tinggi Risiko

 

Kanak-kanak adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti influenza.

⚠️Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti terutama bagi golongan berisiko tinggi.

Penyakit Influenza boleh dicegah.

Komplikasi jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksin influenza secara tahunan. Ini kerana:
▪️Struktur virus Influenza boleh berubah (antigenic drift)
▪️Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun
▪️Formulasi mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular pada setiap musim.

✅Pada masa ini, vaksin Influenza ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta seperti di Klinik As-Salam.

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan & kebimbangan penyakit anak anda, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#influenza #selamatbersekolah #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #sekolahdarjahsatu #cutiraya #ramadan #terpalingsihat #terpalingsihatraya #rayaaidilfitri #raya

Scroll to Top