Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Hindari Jangkitan & Komplikasi dengan Vaksin Influenza

Hindari Jangkitan dan Komplikasi Influenza dengan Mendapatkan Vaksinasi Influenza secara Tahunan.

Jangkitan Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti terutama bagi golongan berisiko tinggi.

Komplikasi jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksin influenza secara tahunan. Ini kerana:

– Struktur virus Influenza boleh berubah (antigenic drift)
– Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun
– Formulasi mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular pada setiap musim.

Pada masa ini, Klinik As-Salam menyediakan program vaksin Influenza. Dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor yang berpengalaman di Klinik As-Salam.

Walk-in terus atau tempah temujanji di website yang disediakan.

Website: www.kliniksalam.com
Careline: 03-9078 3030

#klinikassalam #vaksininfluenza

Scroll to Top