Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Bayi 2 bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol. Ketahui tanda-tanda dan golongan berisiko untuk penyakit batuk kokol ini

Kematian membabitkan seorang bayi lelaki

Terkini , satu kematian membabitkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan akibat jangkitan Pertussis atau batuk kokol direkodkan di Kelantan.

Jangkitan pertussis merupakan jangkitan sistem pernafasan oleh toksin yang dihasilkan bakteria Bordetella pertussis. Ia ditularkan melalui udara (dari batuk dan bersin) atau kontak langsung cecair nasal (hingus), air liur atau air mata.

Bakteria ini sacara umum boleh menjangkiti semua kumpulan umur termasuk dewasa dan warga emas. Namun kesan ketara berlaku di kalangan kanak-kanak yang mana impak teruk berlaku terutamanya di kalangan bayi yang berusia kurang setahun.

Tanda dan gejala batuk kokol atau Pertussis

  • Bermula dengan batuk gatal dan lama kelamaan menjadi batuk berulang (paroxysmal), biasanya dalam tempoh 1 hingga 2 minggu dan berlarutan sehingga 1 hingga 2 bulan atau lebih.
  • Tanda paroxysms adalah batuk berulang yang berterusan dan teruk. Setiap siri paroxysms boleh menyebabkan pesakit menjadi kebiruan (cyanosis) kerana tidak sempat bernafas.
  • Kahak batuk selalunya berwarna jernih. Batuk juga boleh disusuli oleh muntah.
  • Seseorang yang dijangkiti bakteria Pertussis boleh menularkan jangkitan kepada orang lain dalam tempoh dua minggu pertama gejala batuk bermula.

Komplikasi batuk kokol atau Pertussis ini boleh membawa maut !

  • Pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian boleh berlaku.
  • Kekurangan zat, hilang berat badan merupakan komplikasi akibat muntah yang berulang.
  • Sawan juga boleh berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak berikutan batuk yang berterusan tanpa sempat bernafas.

Siapakah golongan berisiko mendapat penyakit batuk kokol atau Pertussis ini?

  • Bayi dan kanak-kanak tanpa imunisasi lengkap paling berisiko dijangkiti termasuk golongan rentan dan rendah imuniti (seperti ibu hamil)
  • Individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara (seperti jemaah umrah atau haji)

Cara Pencegahan.

  • Pastikan bayi dan kanak-kanak lengkap suntikan vaksin pertussis.
  • Manakala golongan berisiko lain digalakkan untuk mendapatkan vaksin pencegahan.
  • Individu bergejala perlu mengamalkan etika batuk (menutup mulut ketika batuk) dan mencuci tangan selepas batuk bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain.
  • Seseorang yang bergejala juga dinasihatkan supaya tidak mencium bayi memandangkan bayi berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Pertussis
  • Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala pertussis.

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan, kebimbangan penyakit batuk kokol ( pertussis) dan vaksin , boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

https://wa.link/v4bob3
https://wa.link/v4bob3
https://wa.link/v4bob3

Website
www.kliniksalam.com

sumber : Portal Rasmi Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Nak tahu info batuk yang lain? klik link ini
penyakit batuk yang berisiko tinggi

#batukkokol #batuk #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #bayimeninggal #caramerawatbatuk #batukkering #terpalingsihat #terpalingsihatraya #rayaaidilfitri #raya #persiapanraya #rayamanatahunini

Scroll to Top