Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

ANAK ANDA DARJAH SATU ? Ini 3 sebab kenapa perlu ambil vaksin Influenza sebelum masuk sekolah

INFLUENZA boleh menyebakan RADANG OTAK !

 

🦠 Kanak-kanak amat terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Influenza adalah salah satu daripada ancaman tersebut. Penyakit ini menyebabkan antara 290,000 dan 650,000 kematian berkaitan masalah pernafasan setiap tahun di seluruh dunia, dan kebanyakannya melibatkan kanak-kanak yang masih kecil.

” Influenza ni sememangnya penyakit bermusim. Sebab tu kami sekeluarga amik vaksin influenza untuk mencegah dari mendapat penyakit influenza yang boleh menyebabkan, bronchitis, atau radang otak. ” Dr. Izzar menasihati agar setiap keluarga mengambil vaksin influenza bagi mencegah daripada terkena penyakit ini.

Menurutnya lagi, vaksin influenza perlu diambil setiap tahun kerana wabak itu datang bermusim.

“Vaksin influenza ni kena ambil setiap tahun sebab strain virus influenza ni berubah ubah. Jadi vaksin yang dihasilkan pun berubah setiap tahun”

Lebih Muda, Lebih Tinggi Risiko

Kanak-kanak adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti influenza. Walaupun individu yang sihat biasanya hanya mengalami simptom-simptom yang ringan hingga sederhana, kanak-kanak yang masih kecil boleh mendapat jangkitan influenza yang teruk.

Ini dapat dilihat melalui sebuah kajian yang mendapati kanak-kanak yang dirawat di hospital akibat influenza sama ada dimasukkan ke unit rawatan intensif (12%), mengalami kegagalan pernafasan (5%), mendapat jangkitan bakteria lain (2%), atau meninggal dunia (0.5%).

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) juga menganggarkan setiap tahun, kemasukan ke hospital akibat influenza di kalangan kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun adalah antara 7,000 hingga 26,000 di Amerika Syarikat.4 Ini disebabkan sistem imun mereka yang belum matang; dan bagi bayi berumur enam bulan pula, mereka masih belum boleh diberikan vaksin.

Kanak-Kanak Mudah Dijangkiti Dan Menyebarkan Influenza.

 

Influenza boleh merebak melalui beberapa cara. Sekiranya seseorang yang dijangkiti influenza batuk atau bersin secara terbuka, virus influenza akan tersebar ke udara. Apabila ia dihidu oleh orang lain, virus ini boleh memasuki saluran pernafasan dan mula membiak.

Selain itu, titisan cecair tersebut mungkin terkena atau dipindahkan melalui sentuhan kepada barangan seperti alat kawalan jauh, pemegang pintu, cadar, selimut dan sebagainya. Virus ini boleh hidup selama beberapa jam atau hari. Dalam tempoh itu, sesiapa sahaja yang menyentuh objek yang tercemar (dikenali sebagai fomite) akan mendapat virus tersebut dan ia akan memasuki mulut, saluran pernafasan, dan mata dan seterusnya memasuki seluruh tubuh.

Kanak-kanak sering berkongsi alat permainan dan berada dekat dengan rakan-rakan di sekolah, adik-beradik dan ahli keluarga yang lain. Jadi, tidak hairanlah mereka mudah dijangkiti dan menyebarkan penyakit ini. Malah, mereka juga memindahkan lebih banyak virus dalam tempoh yang lebih lama berbanding orang dewasa walaupun menunjukkan simptom untuk tempoh yang lebih singkat.

Semua ini biasanya akan menimbulkan masalah kepada diri mereka dan ahli keluarga mereka. Sebuah kajian yang dijalankan oleh Principi et al mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak yang menghidap influenza menghadiri pusat jagaan harian atau sekolah. Mereka juga lebih cenderung untuk mengalami demam dan krup (jangkitan pada saluran udara atas yang dikenal pasti dengan batuk menyalak), dan tidak dapat hadir ke sekolah untuk tempoh yang lebih lama.

Ibu bapa dan adik beradik mereka juga mengalami lebih banyak penyakit pernafasan, memerlukan lebih banyak rawatan, tidak dapat hadir ke sekolah atau bekerja untuk tempoh yang lebih lama, dan memerlukan bantuan di rumah untuk menjaga anak-anak yang sakit untuk tempoh yang lebih lama.

vaksinasi adalah cara yang terbaik untuk mencegah influenza.

Mendidik kanak-kanak mengenai amalan dan etika kebersihan diri boleh membantu mengurangkan risiko dijangkiti influenza. Ini termasuklah mencuci tangan dan mengelakkan interaksi dengan rakan-rakan yang menunjukkan tanda-tanda menghidap influenza.

Walau bagaimanapun, vaksinasi adalah cara yang terbaik untuk mencegah influenza. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) menyarankan pemberian vaksin bagi semua kanak-kanak yang berusia lebih enam bulan (serta orang dewasa yang menjaga kanak-kanak). Dua dos vaksin diperlukan untuk kanak-kanak yang berumur enam bulan hingga lapan tahun, dan hanya satu dos diperlukan selepas itu.

Vaksin influenza sepatutnya diberikan setiap tahun untuk melindungi daripada mutasi baru virus yang dijangka datang pada musim berikutnya.

Ini akan mengurangkan risiko mendapat penyakit yang lebih teruk yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital atau komplikasi yang serius. Ia juga akan membantu menghalang virus tersebut daripada tersebar di rumah (terutamanya jika anda mempunyai bayi yang berusia bawah enam bulan) atau di sekolah.

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan & kebimbangan penyakit anak anda, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#influenza #selamatbersekolah #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #sekolahdarjahsatu #backtoschool #ramadan #terpalingsihat #terpalingsihatraya

Scroll to Top