Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Tazkirah Perdana bersama Ustazah Asma Harun

Ustazah Asma Harun bersemangat memberikan tazkirah perdana kepada pekerja-pekerja dan anak syarikat Klinik As-Salam

Alhamdulillah, selesai Tazkirah Perdana As-Salam bertempat di HQ Klinik As-Salam yang diadakan khas untuk pekerja-pekerja dan anak syarikat Klinik As-Salam, pada hari Rabu lalu 13/03/2024.

Tazkirah tersebut disertai seramai 100 orang secara bersemuka dan dianggarkan secara maya melebihi 6600 orang dari platform Muka Buku dan Instagram.

Program dimulai dengan kata-kata aluan dari Pengarah Klinik As-Salam, Dr. Azfar . Kemudian, program ini memberikan ruang untuk Ustazah Asma Harun untuk berkongsi tazkirah bertajuk “Al-Quran di hatiku” .

Ustazah Asma Harun gembira dan bersyukur dapat berkongsi Ilmu tentang Al-Quran.

“Saya diberitahu kesemua pekerja dari HQ Klinik As-Salam menghadiri Tazkirah hari ini dan ada juga followers dari media sosial Klinik As-Salam mengikuti secara maya. Masha-Allah, syukur saya dapat berkongsi ilmu tentang Al-Quran kepada semua penonton.” kata Ustazah Asma Harun semasa ditemu ramah oleh tim media Klinik As-Salam.
.
Tambahnya, dia juga berterima kasih dengan penganjuran program ini yang kerana dapat memberi kesedaran kepentingan ilmu Al-Quran di bulan Ramadan , selain dapat

Pahala seperti ibadat fardhu.

Amalan tadarus Al-Quran telah menjadi ikutan dan dihayati oleh para sahabat dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini. Mereka bertadarus Al-Quran sehingga tamat beberapa kali sepanjang bulan Ramadhan . 

Orang yang membaca Al-Quran di bulan Ramadan akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:

“Allah mengangkat drajat sebagian kaum melalui kitab ini (Al-Quran) dan Dia merendahkan sebagian kaum yang lain melalui kitab ini juga,” (H.R. Muslim).

Satu lagi fadhilat yang akan anda perolehi dari tadarus Al-Quran di bulan Ramadan ialah mendapat pahala yang berlipat ganda. Segala ibadah yang dilakukan di bulan Ramadan ini akan diberikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT termasuk tadarus Al-Quran yang merupakan ibadah yang paling dianjurkan untuk diamalkan di bulan yang penuh keampunan ini.

Erti Hidup Pada Memberi

Perkongsian dari tazkirah ini selari dengan apa yang diterapkan Klinik As-Salam iaitu Erti Hidup Pada Memberi kerana berkongsi ilmu pengetahuan dalam Al-Quran yang bermanfaat kepada orang lain. Dalam Islam pula, salah satu daripada bekalan yang akan membantu seorang Muslim ketika dia berada di alam barzakh adalah ilmu yang bermanfaat.

Terima kasih kepada penganjur, tim Famili As-Salam dan kepada tim Ustazah Asma Harun dalam menjayakan program ini. Jom lihat beberapa detik indah dan suasana di TAZKIRAH PERDANA AS-SALAM 2024, HQ Klinik As-Salam.

INDAH FAMILI AS-SALAM MENERAPKAN KESEDARAN AL-QURAN DI BULAN RAMADAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang jawatan kosong ,
anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

Anda boleh melihat video live penuh di Facebook kami  atau klik link ini: https://fb.watch/qPCjSyZZCz/

#ertihiduppadamemberi
#klinikassalam #klinikassalambangi
#ustazahasamaharun

Scroll to Top