Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR): Berbuka Puasa Bersama Penghuni Rumah (Warga Emas) di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia

Majlis berbuka puasa bersama warga emas anjuran Tim Medic Crew dari Klinik As-Salam telah mengukir senyuman di wajah penghuni Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.

 

Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Emas Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM)
Tarikh: 02 April 2024/ 22 Ramadhan 1445H
Hari: Selasa

Objektif:
👴🏻 Merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturahim bersama penghuni warga tua dan warga kerja Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM).
👵🏻Menyediakan juadah berbuka puasa dan mengimarahkan Ramadan dengan perkongsian ilmu khas untuk penghuni di PJMM.
👴🏻 Berbuka puasa dan menyantuni ‘Ibu Ayah’ dan warga kerja PJMM.
👵🏻 Berkongsi rezeki dan mewujudkan suasana kemeriahan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Tim Medic Crew (kakitangan Klinik As-Salam dan anak Syarikat Salam Alliance) telah mengukir senyuman di wajah hampir 20 penghuni di PJMM apabila tim kami ini bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa untuk warga emas di rumah itu melalui Program Iftar Bersama Pusat Jagaan Mahmudah.

Program Iftar bersama penghuni di PJMM adalah usaha tanggungjawab sosial korporat Klinik As-Salam untuk menyantuni warga emas yang berusia dalam lingkungan 50 tahun ke 90 tahun.

Klinik As-Salam berkongsi rezeki dan menyantuni warga emas.

Wakil dari tim Medic Crew , Encik Afifi , berkata, “Kejayaan Klinik As-Salam hari ini adalah sokongan daripada semua lapisan masyarakat, oleh itu, kesejahteraan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan dan Tim Medic Crew komited menjalankan pelbagai inisiatif, terutamanya kepada mereka yang kurang bernasib baik,” katanya lagi.

Majlis yang bermula seawal jam 5.00 petang itu dimulai dengan bacaan doa dan seterusnya kata-kata aluan dari Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah, Encik Hj Azman Bin Rasman.  Majlis diteruskan lagi dengan aktiviti senaman ringan dan sesi perkongsian ilmu serta tazkirah bertajuk ‘10 Ramadan Terakhir’ yang dikongsikan oleh Ustaz Ridhuan dari Rayhanah Salam Travel.

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan sesi bergambar seterusnya sesi iftar atau berbuka puasa.   Jelas terpancar kegembiraan dan senyuman di wajah ‘ibunda & ayahanda’ penghuni di Pusat Jagaan ini.

Bagi menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, Tim Medic Crew telah menggembirakan warga emas di pusat Jagaan ini dengan memberikan duit raya, selain untuk mewujudkan suasana kemeriahan Adilfitri.

INDAH TIM MEDIC CREW KLINIK AS-SALAM MERAPATKAN UKHUWAH BERSAMA PENGHUNI WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN MAHMUDAH  DI BULAN RAMADAN

Terima kasih kepada penganjur, Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia dan tim Medic Crew Klinik As-Salam dalam menjayakan program penuh bermakna dan berharga ini. Jom lihat beberapa detik indah dan suasana yang sempat kami rakamkan.

Scroll to Top