Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

IHYA RAMADAN : Program Bubur Lambuk dari Tim Medic Crew Klinik As-Salam

Program Bubur Lambuk Perdana Klinik As-Salam mengeratkan silaturrahim dengan penduduk setempat

PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA 2024
Tarikh: 21 Mac 2024/ 10 Ramadhan 1445H
Hari: Khamis

Objektif:
🕌Mengimarahkan bulan Ramadhan dikalangan kakitangan Klinik As-Salam (Medic Crew Tim), Amal Valley Organization dan Surau Al-Ittifaqiah
🕌Menyuburkan nilai berkongsi/bersedeqah
🕌Memberi pengalaman dan kemahiran kepada kakitangan Tim Medic Crew untuk mengendalikan penyediaan masakan bubur lambuk

Program Bubur Lambuk tahun ini disediakan oleh pelatih sepenuhnya dengan bantuan daripada Amal Valley Organization, Surau Ittifaqiah dan kakitangan dari Tim Medic Crew yang lain
🥣Penyediaan bermula dari barang, bahan, masakan dan bungkusan.
🥣Seterusnya, kami sumbangkan kepada pihak Masjid di sekitar Bangi, Kajang dan diedarkan kepada keseumua 6 cawangan Klinik As-Salam di Selangor serta As-Salam Dental di Semenyih.

Erti Hidup Pada Memberi

Alhamdulillah, sedikit sebanyak melalui program ini dapat melatih Tim Medic Crew nilai kerjasama dan bersedeqah kepada masyarakat.

✨Dalam kita menerima, kita juga turut memberi sesuai dengan slogan dari Klinik As-Salam iaitu erti hidup pada memberi ✨

INDAH FAMILI AS-SALAM MENERAPKAN KESEDARAN BERSEDEKAH DI BULAN RAMADAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang jawatan kosong ,
anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #buburlambuk #programbuburlambuk #sedekah #masakmasak

Scroll to Top