Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

IHYA RAMADAN : Majlis Khatam Al-Quran Klinik As-Salam 2024

Program Khatam Al-Quran Klinik As-Salam bukan sahaja meraikan kejayaan wargakerja setelah mengkhatamkan Al-Quran malah, dapat mengeratkan silaturrahim dengan kakitangan Klinik As-Salam.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADAN 2024
Tarikh: 05 April 2024/ 26 Ramadhan 1445H
Hari: Jumaat

Objektif:
🕌 Mengimarahkan bulan Ramadan dikalangan kakitangan Klinik As-Salam (Medic Crew Tim) dan kesemua anak syarikat Salam Alliance.
🕌 Menyuburkan nilai silaturrahim di antara semua kakitangan As-Salam
🕌 Menraikan kesemua kakitangan Klinik As-Salam yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran.

 

Majlis ini juga secara tidak langsung memberi kesan serta pengalaman berharga kepada kakitangan baru Klinik As-Salam kerana berpeluang berkumpul dan meraikan kejayaan berkhatam dengan pekerja yang lain dan juga besama wargakerja dari semua anak syarikat Salam Alliance.

Menghadiri majlis khatam Al-Quran seumpama menghadiri pembahagian harta rampasan perang.

Banyak sebenarnya kelebihan yang boleh kita perolehi dari majlis yang penuh barakah ini.

Sahabat Rasulullah ﷺ sering mengadakan majlis khatam. Rasulullah ﷺ bersabda
“Sesiapa menghadiri atau menyaksikan majlis khatam al-Quran seumpama menghadiri pembahagian Ghanimah (harta rampasan perang)”.

Manfaatnya sama seperti orang yang membacanya.

INDAH FAMILI AS-SALAM MENERAPKAN KESEDARAN MENGHIDUPKAN MAJLIS ILMU DAN KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN

Terima kasih kepada penganjur, tim Famili As-Salam dalam menjayakan program penuh bermakna dan bermanfaat ini. Jom lihat beberapa detik indah dan suasana di MAJLIS KHATAM AL-QURAN, IBU PEJABAT(HQ) Klinik As-Salam.

Ingin menjadi salah seorang ahli kerluarga Famili As-Salam?
Atau anda ada sebarang persoalan atau pertanyaan tentang jawatan kosong?

anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #tazkirahperdana #programiftarperdana #sedekah #iftar

Scroll to Top