Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Ultrasound : Apa Kepentingannya?

Imej Ultrasound

Semasa pemeriksaan imbasan ultrasound, gelombang bunyi yang dihasilkan akan dipantulkan oleh organ yang sedang diperiksa. Dengan menggunakan teknologi pemerosesan komputer gelombang pantulan ini akan dapat diproses oleh komputer untuk menghasilkan imej organ yang diperiksa. Imej yang dihasilkan akan dipaparkan pada skrin yang terdapat pada mesin ultrasound yang digunakan. Imej-imej yang dihasilkan ini merupakan imej-imej digital. Ianya boleh dilihat terus pada skrin atau di cetak ke atas filem dan kertas. Imej-imej ini juga boleh dipindahkan ke media digital yang lain seperti CD, DVD dan alat penyimpanan digital yang sesuai.

PEMERIKSAAN ULTRASOUND

Pemeriksaan ultrasound boleh dilakukan dengan cepat dan biasanya tidak memerlukan sebarang persediaan khas. Walau bagaimanapun bagi pemeriksaan bahagian abdomen pesakit mungkin dinasihatkan supaya berpuasa semalaman bagi mendapatkan imej yang lebih jelas. Pesakit perlu menukar kepada pakaian hospital yang disediakan. Anda akan diminta untuk baring di atas meja pemeriksaan dengan sebahagian badan yang diperiksa akan didedahkan oleh doktor ketika menjalankan imbasan. Transducer (alat skan) yang telah diletakkan gel akan digerakkan ke atas permukaan kulit kawasan yang diperiksa. Sepanjang pemeriksaan pesakit mungkin diperlukan untuk menukar posisi seperti mengiring ke sebelah kiri dan kanan. Imej-mej yang dihasilkan semasa pemeriksaan akan dipaparkan di skrin computer mesin tersebut. Pesakit dapat melihat imej-imej ini semasa pemeriksaan dijalankan.

Jenis Pemeriksaan Ultrasound Biasa

Pemeriksaan ultrasound boleh dijalankan bagi menilai kesihatan organ-organ yang terdapat dalam bahagian berikut:

  • Kepala
  • Leher
  • Toraks
  • Abdomen and pelvis
  • Wanita hamil
  • Tulang dan sendi

Keputusan Pemeriksaan Ultrasound

Semasa pemeriksaan dilakukan, imej-imej akan dihasilkan dan dipaparkan ke skrin computer. Imej-imej yang dihasilkan ini akan dibuat diagnosis (laporan) oleh pakar yang menjalankan pemeriksaan tersebut. Biasanya laporan akan dibuat sejurus selepas tamat imbasan dilakukan.

Pemeriksaan ultrasound tidak berbahaya

Pemeriksaan ultrasound adalah berbeza berbanding pemeriksaan CT scan dan PETCT scan memandangkan pemeriksaan ini tidak melibatkan penggunaan sinaran terion. Jadi pemeriksaan ultrasound tidak berbahaya dari segi aspek tiada penglibatan penggunaan sinaran terion

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan & ultrasound :
anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#ultrasound #imbasan #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #scan #antenatal scan #ramadan #terpalingsihat #terpalingsihatraya

Scroll to Top