Nak Pilih 2D, 3D Atau 4D/5D untuk Scan Baby ? Kelirunya !

Ibu teruja untuk scan baby…

 

Perkara yang paling mengujakan ibu mengandung adalah saat untuk melakukan scan bayi. Tetapi adakah prosedur imbasan ultrabunyi selamat untuk dilakukan?

Kemajuan teknologi untuk scan baby anda…

Selaras dengan kemajuan teknologi, proses scan bayi juga ditingkatkan daripada 2D kepada 4D/5D.

Pun begitu, terdapat sebilangan individu beranggapan bahawa scan 4D/5D mesti menggunakan kadar intensiti yang lebih tinggi berbanding proses imbasan ultrabunyi 2D.

Pastinya ramai bakal ibu dan bapa khuatir mengenai kesan sampingan peralatan pengimbasan 4D/5D.

Walau bagaimanapun, scan 4D/5D telah dibuktikan sebagai 1 prosedur yang selamat sepenuhnya bagi ibu hamil dan kandungan.

Scan 4D yang dilakukan beroperasi pada tahap intensiti yang sama dengan peralatan scan 2D.

Ia akan memancarkan gelombang bunyi ke dalam badan dan menghasilkan gambar berdasarkan gema yang didengar.

Hakikatnya teknologi imbasan ultrabunyi mempunyai banyak persamaan dengan radar.

imbasan Ultrabunyi atau scan baby tidak akan mendedahkan bayi kepada radiasi

 

Umumnya, jika anda melakukan scan bayi, tidak kiralah scan 2D, scan 3D mahupun scan 4D, prosedur tersebut tidak akan mendedahkan bayi kepada radiasi dan biasanya tidak akan menyakitkan mereka.

Perbezaan scan bayi: 2D, 3D dan 4D

 

Imbasan ultrabunyi dapat menunjukkan perkembangan janin dalam kandungan melalui gambar. Ia membantu mendiagnosis jangkitan, pembengkakan dan penyebab rasa sakit pada ibu mengandung.

Walau bagaimanapun, seiring dengan kemahuan teknologi pada masa kini, klinik kehamilan dapat menawarkan pelbagai teknik ultrasound yang berbeza.

Sementara teknik imbasan 2D memberikan gambaran bayi yang kelabu dan kabur, ultrabunyi 3D dan 4D menawarkan gambaran bayi yang lebih baik dan realistik.

2D, 3D, 4D: Pilihan terbaik ibu mengandung.

 

✅Teknik imbasan 2D, menghasilkan gambar yang terdiri daripada garis besar badan dan gambar organ dalaman yang kabur.

Secara tidak langsung, ia menyebabkan kebanyakan bakal ibu dan bapa berasa tidak berpuas hati.

Seperti namanya, scan 3D memberikan gambaran 3 dimensi. Dalam 3 dimensi ultrabunyi, anda akan dapat melihat kulit, jantina dan bentuk wajah si manja dalam kandungan.

Satu-satunya perbezaan antara scan 3D dan scan 4D adalah teknik imbasan ultrabunyi 4D membolehkan ibu mengandung mengetahui waktu jangkaan bersalin.

Maka, pastinya teknik scan bayi 4D paling maju dapat memberikan parents untuk melihat bayi yang bergerak.

 

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan, kebimbangan penyakit dan persiapan sebelum berlepas ke tanah suci , boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

https://wa.link/v4bob3
https://wa.link/v4bob3
https://wa.link/v4bob3

Website
www.kliniksalam.com

sumber : Portal Rasmi Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia

#ibuhamil #ibumengandung #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #scanmurah #babyscan #ramadan #terpalingsihat #terpalingsihatraya #rayaaidilfitri #raya #persiapanraya #rayamanatahunini

Scroll to Top