Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Adakah kandungan saya membesar dengan sihat ?

Bagaimana saya akan tahu bayi kandungan saya membesar dengan sihat?


Semasa lawatan pranatal kedua ibu dan kandungan anda akan dinilai dan dipantau. Di sini disenaraikan aktiviti-aktiviti yang membantu petugas kesihatan untuk memantau kebaikan janin:

  • Mengukur ketinggian rahim (saiz perut anda)
  • Pemantauan pertambahan berat badan bagi setiap lawatan
  • Pemeriksaan ultra sound bagi menilai tumbesaran dan kedudukan janin.
  • Carta pergerakan janin – anda perlu mengira kekerapan tendangan janin dalam masa 12 jam
  • Denyutan jantung janin anda – dengan menggunakan mesin Daptone membolehkan anda mendengar denyutan jantung janin anda.
  • Cardiotocography (CTG ) – mesin yang digunakan untuk menilai keadaan janin jika dikhuatiri janin tidak membesar dengan baik.

Berapa kerapkah lawatan pranatal?

Dicadangkan lawatan pranatal seperti berikut:

  • Sebelum 28 minggu – sebulan sekali
  • 28 – 35 minggu – setiap 2 minggu sekali
  • 36 minggu dan keatas – setiap minggu

Di mana saya boleh mendapat bantuan?

Klinik As-Salam di semua cawangan ada menyediakan pakej antenatal yang menarik dan berbaloi untuk ibu yang mengandung.

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang lawatan pranatal ,
anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#scanbaby #scanbabymurah #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #batuk #ramadan #terpalingsihat #terpalingsihatraya #antenatalcheckup

Sumber : Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Scroll to Top