Pernah tak mula-mula seorang sahaja demam di rumah, tapi beberapa hari kemudian ahli keluarga lain pula mula batuk, selesema dan rasa tak sihat?
Situasi ini boleh digelarkan sebagai ‘Chain Effect‘ atau jangkitan berantai. Ia bermaksud jangkitan influenza bermula daripada seorang individu, kemudian merebak kepada orang lain di sekelilingnya.
Bagaimana Chain Effect ini berlaku?
- Titisan Pernafasan
Virus ini boleh merebak melalui titisan pernafasan apa individu yang dijangkiti batuk, bersin dan bercakap dalam jarak yang dekat. Virus ini akan cepat merebak ke udara .
2. Sentuhan langsung & tak langsung
Virus boleh juga berpindah melalui sentuhan pada permukaan atau objek yang tercemar, kemudian mereka menyentuh muka, hidung atau mulut
3. Tempat sesak
Penularan virus lebih cepat di kawasan sesak kerana virus mudah berjangkit dari seorang individu ke seorang individu yang lain
Sebab itu, virus influenza boleh bermula dengan seorang sahaja dan akhirnya menyebabkan satu rumah jatuh sakit
Kenapa Influenza Mudah Merebak Dalam Keluarga?
Rumah adalah tempat dimana kita berkongsi ruang termasuklah makan bersama, sentuhan pada permukaan yang sama dan kurang langkah percegahan seperti mencuci tangan atau menutup mulut ketika batuk atau bersin.
Oleh sebab itu, virus ini mudah merebak dari seorang ahli keluarga kepada semua ahli keluarga yang lain terutamanya golongan yang berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan individu dengan penyakit kronik
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com