Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

SUNATHON & SUNAT BERAMAI-RAMAI : Mandi semburan air bomba?

Alhamdulillah, selesai Program Sunathon bertempat di Klinik As-Salam 24Jam Lembah Keramat, Kuala Lumpur, Selangor yang diadakan khas untuk adik-adik hero kita, pada hari Rabu lalu 14 Februari 2024.
.
Program tersebut disertai seramai 20 orang dengan peserta termuda berusia 2 tahun sehingga kanak-kanak berumur 12 tahun.
.
Pengisian program kali ini sangat meriah kerana dimulai dengan pendaftaran dan sarapan pagi, kemudian diikuti dengan sesi mandi beramai-ramai dengan semburan air bomba di hadapan kawasan Klinik.
.

“Berkhatan beramai-ramai lebih bagus sebenarnya kerana dapat mengurangkan gemuruh anak-anak.” kata salah seorang dari atuk yang hadir untuk memberi semangat kepada cucunya yang merupakan salah satu hero kita yang bersunat pada hari itu.
 
Tambahnya, dia juga berterima kasih dengan penganjuran sedemikian yang membantu memudahkan urusan berkhatan, selain dapat menjimatkan kos.

Berkhatan adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Perkara ini sabit menerusi arahan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Abu Huratrah daripada Nabi SAW bersabda: “Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku.” (al-Bukhari)

Terima kasih kepada penganjur dan juga kepada sponsor iaitu RinaCraft. Terima kasih juga kepada team Medic Crew dalam menjayakan program ini. Jom lihat beberapa detik luar biasa dan suasana di PROGRAM SUNATHORN 2024, Klinik As-Salam 24Jam Lembah Keramat

BERMINAT UNTUK SERTAI SUNATHON DENGAN KLINIK AS-SALAM? Untuk ibu bapa yang masih tercari-cari tempat untuk membawa anak bersunat cuti sekolah ini, lagi-lagi sunat beramai-ramai , kami di Klinik As-Salam masih menerima dan mengalu-alukan kedatangan anak anda !

TEMPAH SEKARANG ! Berikan anak anda hadiah pengalaman berkhatan yang selamat dan bersih.

Jika anda berminat untuk mengaturkan Sunathon atau tempah slot berkhatan dengan Klinik As-Salam, bolehlah:

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #klinikassalambangi #berkhatan #bersunat #berkhitan #sunatcutisekolah #klinikassalamsemenyih #klinikassalambandarseriputra #klinikassalamkajang #klinikassalamkotakemuning #klinikassalamlembahkeramat

Scroll to Top