Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

SUNATHON & SUNAT BERAMAI-RAMAI : Mandi semburan air bomba di hadapan Masjid Sungai Ramal Luar,Kajang?

Alhamdulillah, selesai Program Sunathon bertempat di Masjid Sungai Ramal Luar, Kajang, yang diadakan khas untuk adik-adik hero kita, pada hari Ahad lalu 18/02/2024.

Program tersebut disertai seramai 47 orang kanak-kanak dengan peserta termuda berusia 2 tahun sehingga kanak-kanak berumur 12 tahun.

Pengisian program kali ini sangat meriah kerana dimulai dengan perarakan dan selawat ke atas Nabi junjungan kita, kemudian diikuti dengan sesi mandi beramai-ramai di hadapan kawasan masjid dengan kerjasama pasukan Bomba.

“Saya amat gembira kerana ramai anak kariah yang menyertai Sunathon hari ini dan sebahagian perserta adalah daripada anak-anak asnaf. Tujuan program harini adalah untuk mengimarahkan masjid dan Klinik As-Salam tidak putus memberikan khidmat yang bagus serta efisen setiap tahun .,” kata Tuan Haji Hasbullah, salah seorang dari jawatankuasa di Masjid Sungai Ramal Luar.

Tambahnya, dia juga berterima kasih dengan penganjuran sedemikian yang membantu memudahkan urusan berkhatan, selain pengunjung dapat melakukan pemeriksaan kesihatan.

Berkhatan adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Perkara ini sabit menerusi arahan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Abu Huratrah daripada Nabi SAW bersabda: “Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku.” (al-Bukhari)

Terima kasih kepada semua yang datang ke Program Sunathon dan Booth Saringan Kesihatan Klinik As-Salam . Klinik As-Salam telah menyediakan program SARINGAN KESIHATAN PERCUMA dan apa yang kami lihat, ramai yang hadir ke booth kami. Bukan sahaja mereka dapat mengetahui paras gula dalam darah, tetapi mereka juga dapat mengenalpasti tahap BMI dan mendapatkan konsultasi secara terus mengenai pemeriksaan kesihatan yang bagaimana perlu mereka jalani.

Ini selari dengan apa yang diterapkan dalam Islam iaitu menjaga kesihatan juga dikira amal soleh kerana ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya agar memberikan hak kepada tubuh badan mereka.

Terima kasih kepada penganjur, Masjid Sungai Ramal Luar, Kajang dan kepada team Medic Crew dalam menjayakan program ini. Jom lihat beberapa detik luar biasa dan suasana di PROGRAM SUNATHORN 2024, MASJID MASJID SUNGAI RAMAL LUAR.

#ertihiduppadamemberi

BERMINAT UNTUK SERTAI SUNATHON DENGAN KLINIK AS-SALAM? Untuk ibu bapa yang masih tercari-cari tempat untuk membawa anak bersunat cuti sekolah ini, lagi-lagi sunat beramai-ramai , kami di Klinik As-Salam masih menerima dan mengalu-alukan kedatangan anak anda !

TEMPAH SEKARANG ! Berikan anak anda hadiah pengalaman berkhatan yang selamat dan bersih.

Jika anda berminat untuk mengaturkan Sunathon atau tempah slot berkhatan dengan Klinik As-Salam, bolehlah:

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #klinikassalambangi #berkhatan #bersunat #berkhitan #sunatcutisekolah #klinikassalamsemenyih #klinikassalambandarseriputra #klinikassalamkajang #klinikassalamkotakemuning #klinikassalamlembahkeramat

Scroll to Top