Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

PENJAGAAN SELEPAS BERKHATAN : Apa Ibu Bapa Perlu Tahu?

APA YANG IBU BAPA PERLU TAHU DAN PERSIAPKAN SELEPAS ANAK BERSUNAT!

Penjagaan selepas berkhatan amat penting bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Berikut merupakan tips penjagaan bagi mengelak sebarang komplikasi selepas berkhatan.

PASTIKAN

1. Buka balutan kain dengan gauze setelah membuang air kecil. 

2. Hujung kemaluan sentiasa kering 48 jam/ 2 hari selepas berkhatan.

3. Bersihkan kemaluan sehingga kering sesudah membuang air kecil atau mandi.

4. Sapu ubat cuci di sekeliling luka menggunakan kapas atau gauze steril.

5. Menyapu krim antibiotik pada luka 1 atau 2 kali sehari.

PENGAMBILAN UBAT

1. Ambil ubat tahan sakit selepas berkhatan untuk menghindari rasa sakit setelah kesan ubat bius berkurangan.

2. Kesan ubat bius bertahan 4-6 jam.

3. Elakkan ubat atau krim yang tidak disarankan oleh doktor.

BIARKAN MEREKA BEREHAT

1. Anak-anak perlu berehat sejurus berkhatan.

2. Elakkan menunggang basikal atau permainan duduk sehingga bengkak surut.

BERPAKAIAN LONGGAR

1. Luka bekas khatan mungkin akan jadi merah dan sedikit bengkak.

2. Lebih selesa memakai pakaian longgar seperti kain pelikat.

3. Pakai seluar yang longgar selepas 3 atau 4 hari berkhatan.

JUMPA DOKTOR

Dapatkan nasihat doktor jika:

  • Berlaku pendarahan yang banyak tanpa henti selepas 2 hingga 3 jam berkhatan.
  • Tidak boleh buang air kecil selepas berkhatan.
  • Tidak boleh buang air kecil selepas bekhatan.
  • Bengkak dan sakit semakin teruk dalam masa 3 hingga 5 hari.
  • Bengkak berterusan selepas 2 minggu.

LAST CALL !  Untuk ibu bapa yang masih tercari-cari tempat untuk membawa anak bersunat cuti sekolah ini, kami di Klinik As-Salam masih menerima dan mengalu-alukan kedatangan anak anda !

TEMPAH SEKARANG ! Berikan anak anda hadiah pengalaman berkhatan yang selamat dan bersih.

Jika anda berminat untuk tempah slot berkhatan dengan Klinik As-Salam, bolehlah:

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #klinikassalambangi #berkhatan #bersunat #berkhitan #sunatcutisekolah #klinikassalamsemenyih #klinikassalambandarseriputra #klinikassalamkajang #klinikassalamkotakemuning #klinikassalamlembahkeramat

Scroll to Top