Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

SELAMAT HARI MALARIA SEDUNIA

Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April 2023 untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit malaria. Malaria merupakan penyakit yang disebabkan oleh parasit plasmodium yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Anopheles.

.

Tema sambutan malaria pada tahun ini adalah ‘Kekalkan Sifar Malaria : Pendanaan, Inovasi, Implementasi’.

Malaria adalah penyakit disebabkan oleh parasit plasmodium. Penyakit merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit (dipanggil sporozoites) berkenaan. Gejala malaria biasanya berlaku selepas 48 hingga 72 jam daripada gigitan nyamuk yang mempunyai parasite Plasmodium.

.

Tanda dan Gejala :

• Mengiggil, demam dan berpeluh

• Sakit kepala

• Keletihan

• Sakit otot

• Loya dan muntah

• Anemia

• Jaundis (kekuningan)

• Sawan

• Koma

Bengkak hati dan limpa dapat dikesan semasa pemeriksaan fizikal. Contoh darah pesakit malaria akan diambil untuk diagnosa dan keputusan boleh diketahui dalam tempoh 6 hingga 12 jam.

Komplikasi yang mungkin berlaku ialah :

• Kegagalan fungsi hati dan buah pinggang

• Kemusnahan sel darah merah (hemolytic anemia)

• Jangkitan kuman di lapisan otak (Meningitis)

• Limpa pecah(rupture of spleen) yang mengakibatkan perdarahan yang teruk

.

Bagaimana dengan rawatan Malaria⁉️⁉️

Dalam kebanyakan kes, malaria boleh dirawat dan pulih. Ubat antimalaria boleh diperolehi dengan mudah di hospital dan klinik. Ubat yang biasa diguna chloroquine, quinine dan primaquine. Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika baru pulang dari luar negeri dengan gejala penyakit malaria. Dalam kes yang teruk, pesakit yang menghidap malaria mungkin perlu rawatan di unit rawatan rapi, terutama jika ada komplikasi yang melibatkan otak dan buah pinggang.

.

PENCEGAHAN

TIADA VAKSIN KHAS YANG MENCEGAH MALARIA

Ubat antimalaria diberi sebagai rawatan pencegahan (malaria prophylaxis) kepada mereka yang keluar daerah di mana penyakit ini senang merebak .

Ubat malaria prophylaxis ini juga diberi kepada pelawat mengunjungi kawasan yang berisiko 2 minggu sebelum pergi dan 4 minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut. Jenis ubat yang diberi bergantung kepada tempat yang akan dilawati.

Antara negara yang perlu para pelawat mengambil UBAT PENCEGAH MALARIA ini ialah INDIA, BANGLADESH, NIGERIA dan UGANDA. Manakala di Malaysia sendiri, kes Malaria kebiasaanya berlaku di Sabah dan Sarawak ( di bahagian pedalaman).

.

Walaubagaimanapun, pastikan anda dapatkan maklumat berkenaan negara yang ingin anda lawati terutamanya dari segi penularan penyakit utama yang sering berlaku di negara tersebut. Kemudian dapatkan vaksin dan pencegahan yang sesuai dengan membuat rujukan dan dapatkan nasihat dari doktor atau klinik berhampiran anda.

.

Anda juga boleh merujuk di Klinik As-Salam untuk mendapatkan vaksin yang sesuai untuk ke negara yang anda ingin lawati. Juga kami menyarankan kepada anda untuk memiliki Smart Travel Kit sebagai persediaan bagi sebarang masalah kesihatan ketika di sana.

.

Anda boleh hubungi 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan atau datang ke Klinik As-Salam.

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #malaria

Scroll to Top