Search
Close this search box.

“SAYA NAK TAPI SAYA TAK BAWA DUIT.”

Tadi aku solat jumaat kat Masjid Kota Kemuning. Bila aku sampai aku nampai macam ada orang buka booth. Aku pun datang dekat nak tengok orang jual apa.

Rupanya orang dari Klinik As-Salam. ada sorang staf klinik ni tegur aku… Abang dah pernah buat pemeriksaan kesihatan?

Mana la aku pernah buat. Setakat ni Alhamdulillah aku tak sakit. Kalau nak buat pun, aku tak bawa duit.

Aku jawab la kat staf klinik ni…. Aku tak pernah buat.

Staf klinik ni ajak sungguh-sungguh aku buat. Dia kata, “Kalau tak pernah buat jom buat sekali bang, bagus supaya abang tahu tahap kesihatan tubuh badan abang walaupun dari luar abang nampak sihat.”

Aku malas nak panjang-panjang aku pun bagitahu, ” Saya nak buat tapi saya tak bawa duit.”

Terus dia jawab, “Mana kena bayar bang, ni FREE je. Asalkan abang memenuhi kelayakan.”

Aku pun terperanjat. Siyes la FREE??? Lepas staf klinik tu terangkan baru aku tahu, ini adalah program di bawah kerajaan untuk golongan marhaen macam ni aku buat pemeriksaan kesihatan. Namanya Peka B40. Bagus betul Klinik As-Salam ni, kalau diorang ni tak datang masjid buka booth macam ni, memang aku tak tahu ada program untuk rakyat macam aku ni boleh buat pemeriksaan kesihatan secara FREE.

“Terima kasih Klinik As-Salam.” -Azman-

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #pekab40

Scroll to Top