Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Ramainya adik-adik tadika ni! Nak intai buat apa tu?

Semalam Team Outreach Klinik As-Salam berkunjung ke Tadika Aulad Kota Kemuning dan melakukan Bengkel Pengenalan Asas Peralatan Doktor dan Pertandingan Mewarna.
.
Apa tujuan bengkel ini dilakukan ya?
Tujuan bengkel ini ialah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak tentang peralatan asas sebenar yang digunakan oleh doktor untuk mendiagnosis dan merawat penyakit.


.
Kebaikan untuk anak-anak kita tahu tentang perkara dapat mengembangkan minat mereka dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan mereka. Ia juga dapat bantu mengurangkan rasa takut terhadap doktor dan peralatan. Mereka juga akan lebih faham tentang tubuh badan mereka sendiri.
.
Seronok melihat telatah anak-anak hasil dari bengkel semalam. Sampai ada yang terbaring sambil mewarna, ada juga yang cuba menjadi doktor cilik hehehe


.
Harapan kami agar kesemua aktiviti dan perkongsian dapat memberi sesuatu kepada anak-anak di sana. Ada rezeki kita berjumpa lagi ya ~
.


Ada yang nak Team Outreach Klinik As-Salam untuk lakukan bengkel sebegini di sekolah tadika anak anda? Boleh sangat!
Hubungi kami di www.wasap.my/60133802969

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #outreach

Scroll to Top