Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Perasan tak? Jika BMI anda melebih 35, itu tandanya…

OBESITI, ia penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang boleh membawa maut !

🍔 OBESITI menjadi masalah kesihatan serius kepada Malaysia. Statistik menunjukkan kira-kira 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta daripada mereka adalah obes atau berat berlebihan yang melampau.

FAKTOR OBESITI
Terdapat banyak faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada masalah obesiti dan antara faktor-faktor utama adalah :
🔴 pengambilan makanan secara berlebih-lebihan
🔴 pengambilan diet yang tinggi kandungan lemak dan gula melebihi daripada jumlah yang diperlukan oleh seseorang itu
🔴  kurangnya melakukan aktiviti-aktiviti senaman dan fizikal.

Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang boleh mengakibatkan obesiti seperti faktor:
🔴 usia
🔴 jantina
🔴 genetik
🔴 penyakit dalaman
🔴 pengambilan ubatan tertentu seperti steroid.

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa obesiti membawa implikasi yang buruk kepada kesihatan dan ianya boleh meningkatkan seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit meliputi hampir seluruh sistem badan.

Bagi mereka yang mengalami obesiti terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit seperti: 
❗  kencing manis
❗ penyakit hati berlemak
❗  sindrom metabolik
❗ masalah tidur
❗  kesukaran untuk bernafas.

Mereka juga berisiko sederhana untuk mendapat penyakit seperti :
❗ strok
❗ penyakit jantung koronari
❗ lemah jantung
❗ darah tinggi
❗ gout
❗ sakit sendi.

Pencegahan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan seseorang itu mendapat obesiti.

Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil seseorang itu adalah seperti:
✅ Melakukan senaman secara berkala
✅ Memilih makanan yang kurang kandungan gula dan lemak
✅  Mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil setiap kali mengambil makanan
✅  Minum air yang secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
✅  Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
✅  Mengelakkan mengambil makanan yang berat sebelum tidur dan lewat malam
✅  Mengurangkan masa menonton televisyen dan menggantikannya dengan aktiviti riadah
✅  Sentiasa memantau berat badan anda  sekali seminggu
✅ datang ke Klinik Obesiti, Klinik As-Salam untuk mendapat konsultasi dan pemeriksaan kesihatan

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan & kebimbangan berat badan, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#obesiti #selamathariobesiti #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #Worldobesity #Obesityday #ramadan #terpalingsihat #terpalingsihatraya

Scroll to Top