OBESITI, ia penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang boleh membawa maut !
OBESITI menjadi masalah kesihatan serius kepada Malaysia. Statistik menunjukkan kira-kira 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta daripada mereka adalah obes atau berat berlebihan yang melampau.
FAKTOR OBESITI
Terdapat banyak faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada masalah obesiti dan antara faktor-faktor utama adalah :
đź”´ pengambilan makanan secara berlebih-lebihan
đź”´ pengambilan diet yang tinggi kandungan lemak dan gula melebihi daripada jumlah yang diperlukan oleh seseorang itu
đź”´ Â kurangnya melakukan aktiviti-aktiviti senaman dan fizikal.
Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang boleh mengakibatkan obesiti seperti faktor:
đź”´ usia
đź”´ jantina
đź”´ genetik
đź”´ penyakit dalaman
đź”´ pengambilan ubatan tertentu seperti steroid.
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa obesiti membawa implikasi yang buruk kepada kesihatan dan ianya boleh meningkatkan seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit meliputi hampir seluruh sistem badan.
Bagi mereka yang mengalami obesiti terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit seperti:Â
âť—Â kencing manis
âť— penyakit hati berlemak
âť—Â sindrom metabolik
âť— masalah tidur
âť—Â kesukaran untuk bernafas.
Mereka juga berisiko sederhana untuk mendapat penyakit seperti :
âť— strok
âť— penyakit jantung koronari
âť— lemah jantung
âť— darah tinggi
âť— gout
âť— sakit sendi.
Pencegahan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan seseorang itu mendapat obesiti.
Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil seseorang itu adalah seperti: Melakukan senaman secara berkala
Memilih makanan yang kurang kandungan gula dan lemak
 Mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil setiap kali mengambil makanan
 Minum air yang secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
 Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
 Mengelakkan mengambil makanan yang berat sebelum tidur dan lewat malam
 Mengurangkan masa menonton televisyen dan menggantikannya dengan aktiviti riadah
 Sentiasa memantau berat badan anda sekali seminggu
datang ke Klinik Obesiti, Klinik As-Salam untuk mendapat konsultasi dan pemeriksaan kesihatan
Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan & kebimbangan berat badan, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:
012-4140969
Website
www.kliniksalam.com
#obesiti #selamathariobesiti #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #Worldobesity #Obesityday #ramadan #terpalingsihat #terpalingsihatraya