Search
Close this search box.

PeKa B40: Medical Check Up Free?

Dewan Surau Silaturrahim PPR Seri Alam, Desa Panda, Kuala Lumpur

Hari Ahad yang lepas, berlansung event PeKa B40.
Bagi yang pernah dengar, program ini merupakan inisiatif Kerajaan melalui KKM yang bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD). PeKa B40 ini layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berumur 40 tahun ke atas.

Jadi bagi yang mahu melakukan saringan kesihtana PeKa B40 ini,
kami di Klinik As-Salam sedia membantu anda!

Team outreach Klinik As-Salam akan sentiasa melakukan program PeKa B40, anda boleh datang dan lakukannya dengan kami.

Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKa B40
Langkah 1 : Semak kelayakan.
Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40, seperti Klinik As-Salam. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Jom buat medical check-up. Free je!

Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #outreach #pekab40

Scroll to Top