Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Meriahnya Ihya‘ Ramadan, Klinik As-Salam! 🥰

Hujan rahmat yang turun membasahi bumi Bandar Baru Bangi semalam, tidak sesekali menghalang kami, warga Klinik As-Salam untuk menganjurkan Tazkirah Ihya’ Ramadan di Dewan Az-Zahrawi, Darussalam seperti kebiasan pada setiap minggu.


Bukan itu sahaja, kami juga berkesempatan dan berjaya melakukan Iftar Perdana bersama warga Klinik As-Salam serta menjemput keluarga terdekat bagi memeriahkannya bersama kami. Alhamdulillah, syukur…


“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” – Riwayat Al-Tirmizi

Jutaan terima kasih kepada warga yang terlibat di atas masa, keringat, dan kudrat atau pun sumbangan yang dihulurkan sebelum, semasa sehingga kepada penghujung acara pada kali ini.

Semoga berjumpa lagi di lain acara, dapat berkumpul bersama lagi, dan menguatkan lagi ikatan ukhuwah sesama kita.
Jazakumullah Khairan Katsiran. 😇

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #ihyraramadhan

Scroll to Top