Search
Close this search box.

KLINIK SELESA BUAT IBU AYAH YANG NAK BUAT CHECK UP HAJI

Sejak Tabung Haji keluarkan senarai nama bakal jemaah Haji yang terpilih, ramai mula ke klinik-klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan vaksin untuk memenuhi syarat seperti yang telah diarahkan oleh Tabung Haji.

Semua bakal jemaah adalah dari pelbagai golongan usia. Yang muda dan tua, yang sihat tubuh badan dan yang mempunyai sedikit keuzuran dari segi fizikal.

Jadi kami di Klinik As-Salam amat memahami situasi ni dengan menyediakan fasiliti dan kemudahan yang terbaik kepada pengunjung yang datang ke Klinik As-Salam agar sentiasa berasa selesa semasa berada di tempat kami.

Kami akan memastikan bahawa setiap pengunjung dilayan oleh staf dan doktor kami dengan ramah dan baik.

Kami turut menyediakan tandas mesra untuk golongan OKU, warga emas dan ibu mengandung.

Cuaca panas yang semakin membahang melanda negara, kami akan sentiasa pastikan suhu dalam klinik kami menyamankan serta menyejukkan pengunjung kami apabila masuk ke tempat kami.

Kepada yang mempunyai ibu ayah yang bakal tunaikan Haji tahun ni, pastikan anda bawa ibu ayah anda ke klinik yang selesa untuk membuat pemeriksaan kesihatan Haji. Anda boleh ke Klinik As-Salam dengan membuat temujanji melalui LINK ini

https://book.kliniksalam.com/customer

atau hubungi Careline Klinik As-Salam di talian 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan.

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #haji

Scroll to Top