Kerap Terjaga Tengah Malam? Ini Tanda Tidur Anda Tidak Berkualiti

Siapa pernah rasa anda dah tidur awal, tapi masih terjaga beberapa kali pada tengah malam?

 

Ramai orang fikir tidur 7 ke 8 jam itu bermaksud badan sudah cukup rehat. Sebenarnya, kualiti tidur sama penting dengan tempoh tidur. Jika anda kerap terjaga pada waktu malam, susah untuk tidur semula atau bangun pagi masih rasa letih, ini mungkin tanda tidur anda tidak berkualiti.

 

Apa Kaitan Terjaga Malam Dengan Kesihatan Kita?
Kerap terjaga tengah malam bukan sekadar mengganggu tidur. Ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Antara kesan tidur tidak berkualiti ialah:

  • Tahap tenaga harian menurun
  • Mood dan emosi terganggu
  • Sistem imun boleh terkesan
  • Kesihatan jantung dan tekanan darah

Penyakit Yang Boleh Berkait Dengan Masalah Tidur:

  • Obesiti atau Berat Badan Berlebihan
  • Diabetes atau Masalah Gula Dalam Darah
  • Masalah Emosi Seperti Stres dan Keresahan
  • Sleep Apnea atau Gangguan Pernafasan Ketika Tidur

Tidur yang kerap terganggu bukan perkara yang patut dianggap biasa, terutama jika ia berlaku berulang kali dan mula menjejaskan tenaga, fokus, emosi serta rutin harian anda

Jika anda sering terjaga tengah malam, susah tidur semula, berdengkur kuat atau bangun pagi masih rasa letih, ini mungkin signal badan bahawa ada punca yang perlu diperiksa.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top