Kepentingan Ujian Jaundise Untuk Bayi

Jaundise sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundise pada minggu pertama kehidupan.

Bayi anda mungkin sihat jika :

  • Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundise yang teruk.
  • Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
  • Bayi anda sihat dan aktif.

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :

  • Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Peningkatan kekuningan yang cepat
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.

Sekiranya jaundise dibiarkan tanpa rawatan, risiko untuk berlakunya serebral palsi, pekak atau sebarang bentuk kerosakan otak adalah tinggi. Bagi kesan sampingan ringan pula, baby kuning mungkin akan lebih berasa mengantuk.

Pastikan anda selalu beri perhatian kepada bayi anda. Ambil inisiatif untuk kenali simpton-simpton jaundis. Dan sekiranya terdapat tanda-tanda tersebut segeralah bawa berjumpa dengan doktor.

Anda juga boleh ke Klinik As-Salam untuk rujukan dan membuat ‘Ujian Jaundice’ di sini.

Hubungi Careline Klinik As-Salam di talian 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan.

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #jaundis

Scroll to Top