Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Kanak-kanak Autisme ada masalah untuk bercakap?

Autisme hidup dalam dunianya sendiri?

Istilah ‘autisme’ berasal daripada perkataan ‘autos’ bermaksud ‘diri sendiri’. Manakala, ‘-isme’ bermaksud satu aliran. Autisme merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Ia memberi kesan kepada tiga komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkahlaku.

Justeru itu, kanak-kanak autisme mengalami masalah:

Pertuturan
Emosi
Pemikiran
Pola bermain

Apakah masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisme?

Kanak-kanak autisme kebiasaannya lambat bertutur jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada tahap keterukan ciri-ciri autisme kanak-kanak tersebut sama ada tahap ringan atau teruk.

Antara masalah perkembangan bahasa kanak-kanak autisme ialah:
❗ Tidak boleh bertutur
❗ Hanya mengeluarkan bunyi sahaja seperti bunyi vokal /a/ atau menjerit.
❗ Mampu bertutur tetapi tidak difahami (jargon).

Manakala, masalah bahasa bagi kanak-kanak autisme yang bertutur ialah:
❗ Perkataan yang dilafazkan kadangkala tidak mempunyai makna dan tidak difahami.
❗ Sukar diajak berbual kerana tiada tumpuan dan kontek mata.
❗ Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi seketika sahaja.
❗ Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan/konteks perbualan.
❗ Dapat meniru ayat atau menyanyi tanpa mengerti maksudnya.
❗ Ekolalia iaitu mengulang perkataan-perkataan yang dituturkan oleh orang lain.

Jika anda risau anak anda menunjukkan ciri-ciri di atas, anda perlu mendapatkan rawatan daripada pakar dengan segera. Anda boleh :

✅ Boleh datang ke Klinik As-Salam Kajang dan berjumpa Pakar Kanak-Kanak
✅ Kemusykilan dan persoalan boleh hubungi kami di 
✅ Konsultasi dan cadangan rawatan oleh doktor pakar

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang perkembangan si manja dan autisme boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#autism #anakautisme #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #klinikpakarassalam #autistik #anakkuatmenggigit

Scroll to Top