Search
Close this search box.

Jika anda ingin ke luar negara : Ini 6 langkah cara bawa ubat ketika bercuti

Jika Anda Ingin Ke Luar Negara

Sebagai contoh, jika anda ingin keluar negara dengan menaiki kapal terbang, anda perlu mengetahui cara-cara untuk membawa ubat-ubatan tersebut. Jika anda membawa ubat berpriskripsi, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut : 

  1. Simpan ubat di dalam beg untuk di bawa ke atas kepal terbang.
  2. Bawa semua preskripsi ubat yang lengkap dengan tandatangan dan nota doktor bersama nama generik ubat tersebut. Ini berikutan sesetengah jenama ubat tidak terdapat di luar negara dan ini akan menyukarkan proses mengenali ubat anda nanti.

3. Bawa bersama surat rasmi dari doktor anda yang menjelaskan tujuan anda menggunakan ubat jika anda menggunakan ubat terkawal seperti ubat sedatif dan ubat penenang seperti Clonazepam dan juga jika anda menggunakan ubat suntikan.

4. Pastikan anda membawa ubat di dalam bekas asal berserta label yang lengkap untuk memudahkan proses pemeriksaan oleh pegawai kastam jika anda diperiksa. Ini bermaksud anda tidak meletakkan ubat di dalam kotak ubat atau “pill box” yang anda selalu guna atau sehingga anda tiba ke destinasi. Anda boleh memasukkan ubat ke dalam kotak ubat bila anda tiba ke destinasi.

5. Pastikan anda memeriksa dengan pihak berkuasa negara yang berkenaan untuk memastikan ubat-ubatan anda adalah dibenarkan untuk dibawa ke negara yang ingin dilawati. Sesetengah negara tidak membenarkan sesetengah jenis ubat-ubatan manakala sesetengah negara ada kekangan tentang berapa jumlah ubat-ubatan yang boleh dibawa masuk untuk penggunaan.

6. Perbelanjaan perubatan di luar negara boleh jadi sangat mahal, jadi pastikan anda membeli insuran perjalanan sebelum mula bercuti.

 
 Bila Terdapat Tanda-Tanda Kecemasan

Semasa bermusafir, ada banyak kemungkinan yang mungkin berlaku. Anda boleh bersedia untuk memastikan perjalanan anda tidak terganggu. Sebelum berangkat, anda boleh menyediakan kit ubat untuk perjalanan. Anda boleh membawa ubat ‘over the counter’ (OTC) yang tidak mengandungi bahan terkawal atau ubat yang tidak memerlukan preskripsi dari doktor.

 
Berbagai-bagai faktor yang boleh beri kesan buruk kepada kesihatan kita ketika bermusafir. Contoh faktor seperti:
✅ Kebersihan
✅ Suhu yang berbeza berbanding Malaysia

✅ Kos ubatan yang mahal

TAPI, nasib baik ada Smart Travel As-Salam Klinik As-Salam sebab:
💊 Bekalan ubat lengkap
💊Mudah di bawa kemana-mana
💊 Panduan & cara penggunaan disediakan
💊 Label lengkap

💊 Jimat Kos

Info lanjut atau untuk dapatkan Smart Travel As-Salam, bolehlah:
✅ Datang ke Klinik As-Salam, atau
✅ Hubungi kami di:
Scroll to Top