Berdengkur ketika tidur mungkin nampak seperti biasa tetapi jika dengkuran terlalu kuat dan berlaku setiap malam, ia mungkin tanda yang tidak patut diabaikan.

 

Dalam sesetengah keadaan, berdengkur kuat boleh menjadi tanda Sleep Apnea, iaitu gangguan tidur yang menyebabkan pernafasan terganggu berulang kali semasa tidur.

 

Apa itu Sleep Apnea?

Sleep Apnea adalah keadaan apabila pernafasan seseorang terhenti seketika atau menjadi perlahan semasa tidur. Situasi ini boleh menyebabkan tidur seseorang itu terganggu dan membuatkan badan tidak mendapat rehat yang berkualiti.

 

Tanda-tanda Sleep Apnea

– Berdengkur kuat

– Terjaga seperti tercungap-cungap

– Bangun pagi masih rasa letih

– Susah fokus

– Sakit dada semasa tidur

 

Jika keadaan ini berlaku secara berpanjangan, ia boleh memberi kesan kepada tenaga, fokus, emosi, tekanan darah, kesihatan jantung dan metabolisme badan. Oleh sebab itu, berdengkur kuat semasa tidur dan rasa letih berpanjangan bukanlah satu perkara yang dianggap normal.

 

Sleep Apnea ini biasanya akan lebih berisiko pada golongan yang:

– Berat badan berlebihan

– Mempunyai tekanan darah tinggi

– Mengalami hidung tersumbat atau masalah pernafasan

– Ada sejarah keluarga sleep apnea

 

Jadi, jangan abaikan signal badan anda. Segera dapatkan pemeriksaan jika anda kerap berdengkur kuat, terjaga kerana sesak nafas dan masih letih walaupun sudah tidur.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top