Search
Close this search box.

JABATAN LAUT MALAYSIA MENGAUDIT PEMERIKSA PERUBATAN JABATAN LAUT MALAYSIA DI KLINIK MALAYSIA

Klinik As-Salam baru-baru ini telah menerima kunjungan pegawai dari Jabatan Laut Malaysia untuk urusan audit sebagai klinik pemeriksa kesihatan pelaut/seafarer.

Pelaut? Siapa pelaut ni?

Pelaut adalah individu yang bertugas di atas laut sama ada sebagai pengemudi kapal, jurutera atau kru kapal mengikut kepakaran bidang masing-masing. Pelaut diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan bahawa setiap pelaut yang ingin berkhidmat di atas kapal adalah layak dalam mematuhi keperluan yang ditetapkan.

Kepada pelaut/seafarer yang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan pelaut / seafarer, anda boleh ke klinik As-salam cawangan Bangi dan Kajang (cawangan di Kuantan akan datang). Klinik kami dilengkapi ecg / X-ray / urine drug.

3 sebab kenapa perlu buat pemeriksaan kesihatan di Klinik As-Salam

  1. Doktor dan staf yang ramah dan berpengalaman.
  2. Lengkap dengan fasiliti teknologi terkini
  3. Klinik yang luas, cantik dan selesa.

Buat temujanji untuk pemeriksaan kesihatan dan keselamatan di Klinik As-Salam melalui LINK ini https://book.kliniksalam.com/customer/branch_option/13 atau hubungi Careline Klinik As-Salam di talian 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan.

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #osh

Scroll to Top