Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Ingatkan MAHAL tadi rupanya….

Tarikh 5 mac 2023
Surau Bangi Perdana

“Tadi datang surau, ada orang buka kaunter. Nampaklah macam dari klinik. Saya pun datang deakat nak tengok sebab nampak macam menarik dari jauh. Rupanya Klinik As-Salam buka kaunter. Kalau klinik yang buka kaunter dapat agak la nak promot pakej kesihatan kan?”

.

Lagi la macam saya ni jangan kata nak ambil pakej kesihatan, nak buat basic check-up kesihatan pun duk fikir dua tiga kali. Marhean macam saya ni memang berkira sikit, tapi kalau ada kemampuan memang la nak sangat buat check-up. Tapi, alang-alang dah ada dekat sini saya pun tanya la salah seorang staf Klinik As-Salam ni.

.

Saya tanya ada apa ni dik? Salah seorang dari mereka bagitahu yang mereka sedangkan buat kempen kesedaran untuk pemeriksaan kesihatan. Dalam hati saya pun berkata… Agak dah, nak promotlah ni pakej kesihatan mereka. Saya saje la acah-acah tanya kot-kot ada harga pakej mereka yang mampu marhen macam saya ke huhuhuhu….

.

Mereka pun jawab… mereka buat pemeriksaan kesihatan hari ni PERCUMA sahaja. Aik, saya macam tak percaya. Mereka terus minta saya daftar dan lakukan saringan kesihatan seperti ambil tekanan darah, ambil berat, ukur tinggi dan memang PERCUMA.

.

Alhamdulillah, program kesedaran seperti ni memang sangat membantu kami yang dari golongan B40 untuk ada kesedaran mengambil berat terhadap kesihatan kami. Mujur ada Klinik As-Salam menganjur program seperti ni dan menyumbang kepakaran kepada golongan yang memerlukan.

.

Terima kasih Klinik As-Salam.

-Puan Hayati-

Scroll to Top