Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

“IBU… KAU SEGALANYA.”

Hari Ibu hari yang istimewa DIKHASKAN untuk menghargai dan meraikan ibu-ibu di seluruh dunia. Ia adalah satu hari untuk menunjukkan penghargaan terhadap kasih sayang dan pengorbanan yang dilakukan oleh para ibu buat anak-anak dan keluarga mereka.
Ia adalah hari untuk mengekspresikan kasih sayang dan rasa terima kasih kita kepada ibu dalam hidup kita.

Hari Ibu juga berfungsi sebagai mengingati tentang cabaran yang dihadapi oleh ramai ibu.
Pandemik lalu telah menonjolkan cabaran yang telah dihadapi oleh ibu-ibu, termasuk menyeimbangkan tanggungjawab kerja dan penjagaan, mengurus pembelajaran jarak jauh, dan menghadapi kesusahan dan kesepian.


Ia termasuk juga buat ibu yang sedang mengandung, kerana menjaga dan membawa sebuah kandungan sehingga selamat dilahirkan adalah satu cabaran yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata yang mana adakalanya ia merisikokan nyawa ibu itu sendiri.
Hari Ibu adalah satu peluang untuk mengakui cabaran ini dan memberikan sokongan kepada ibu-ibu yang mungkin sedang berjuang. Kerana…


“Ibu…Kau adalah segalanya.”
.


Kami di Klinik As-Salam amat berterima kasih kepada para ibu sepanjang kami bersama anda dalam memastikan kesihatan keluarga anda dalam keadaan terbaik. Sudah tentu kami sentiasa mengingati detik-detik ibu ketika para ibu mula buka pink di tempat kami, scan kandungan, menyuntik vaksin kepada bayi mereka dan memeriksa anak-anak ibu ketika mereka demam. Kami dapat merasai pengorbanan para ibu dalam menghadapinya.


Pada bulan kami telah menyediakan Promo of the Month untuk para ibu manfaatkan hari indah ini samada untuk ibu anda atau diri anda sendiri. Untuk daptkan Promo of the Month ini, anda boleh buat dapatkannya mengikut cawangan dengan melihat di LINK ini


https://book.kliniksalam.com/customer/branch_option/1

seterusnya buat booking appoinment.
.
Kami juga ingin tawarkan untuk para ibu bagi membuat pemeriksaan kesihatan atas diri anda dengan servis dan pakej tersedia di Klinik As-Salam.

Hubungi Careline Klinik As-Salam di talian 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan.

klinikassalam #ertihiduppadamemberi #ibu

Scroll to Top