Menopause adalah fasa semula jadi bagi seorang wanita apabila haid mula berhenti. Namun, sebelum fasa ini berlaku, ramai wanita mengalami perubahan hormon yang boleh menyebabkan simptom seperti hot flashes, susah tidur, berpeluh malam dan emosi tak stabil.

 

Apa itu Hot Flashes?

Ia adalah satu keadaan dimana badan terasa panas secara tiba-tiba terutamanya dibahagian muka, leher dan dada. Ada juga wanita yang berpeluh, rasa berdebar atau tidak selesa. Ini akan menyebabkan tidur terganggu jika berlaku pada waktu malam

 

Cara untuk kurangkan hot flashes termasuklah

– Pakai pakaian yang ringan dan selesa

– Kurangkan makan pedas, kafein dan minuman panas

– Minum air secukupnya

 

Kenapa Menopause boleh ganggu tidur?

Perubahan hormon boleh menyebabkan badan lebih mudah rasa panas, berpeluh malam dan sukar tidur. Tidur yang tak lena akan membuatkan badan jadi lebih cepat letih

 

Untuk bantu tidur lebih berkualiti, cuba amalkan:

– Kurangkan penggunaan telefon sebeleum tidur

– Elakkan kafein pada waktu petang atau malam

– Tetapkan waktu tidur yang konsisten

 

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Dapatkan pemeriksaan doktor jika simptom menopause terlalu menggangu kehidupan harian. contohnya:

– Hot flashes terlalu kerap

– Susah tidur hampir setiap malam

– Haid terlalu banyak atau tidak teratur

– Berlaku pendarahan selepas menopause

 

Jika simptom menopause mula menggangu kehidupan harian, segera dapatkan penilaian awal di Klinik As-Salam dengan doktor pakar untuk pilihan penjagaan yang sesuai.

 

Ingin tahu lebih lanjut tentang kesihatan wanita?

Jangan risau, boleh dapatkan temujanji dengan pakar iaitu Dr Maiza Tusimin di Klinik As-Salam Ampang

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top