Alamak, tangan menggigil ni! Mesti hipo ni sebab tak makan nasi dari pagi…
Terkadang jadi macam ni kalau saya tak makan apa-apa makanan berkabohidrat dan paras gula dalam diri saya berkurang. Jadi kena duduk dan makan sesuatu untuk stabilkan semula bacaan gula. Pernah sekali tu saya buat tak kisah je, tiba-tiba kepala dah pitam nak pengsan dah. Risau jadi lagi…
Bila pergi check dengan doktor, baru tahu simptom tu dipanggil hipoglisemia iaitu kurang gula. Betul la selama ini apa yang saya rasa tu.
Tapi masa bulan puasa ni macam mana nak elakkan?
Kelonggaran berpuasa untuk pesakit diabetis termasuk dalam golongan berpenyakit kronik. Macam saya, ubatan yang biasanya dimakan pada waktu pagi dan malam perlu diubah ke waktu sahur dan berbuka.
Ada juga langkah yang perlu diikuti seperti:
1. Periksa gula dalam darah
2. Jika paras gula adalah di bawah 3.9mmol/L, digalakkan berbuka puasa dan mengambil gula glukos atau karbohidrat ringan seperti gula-gula, manisan atau jus buah
3. Mendapatkan konsultasi doktor tentang kesesuaian berpuasa
Harap selepas ni, saya lebih berjaga-jaga dengan hipoglisemia. Dengan simptom dan langkah yang perlu di ambil.
Jika saya perlukan rawatan lanjut, saya mesti akan ke Klinik As-Salam untuk mendapatkan konsultasi dari doktor mereka, kerana:
Doktor yang berpengalaman dan mesra
Waktu menunggu sekejap je
Keadaan klinik yang tenang, lagi-lagi waktu malam
Dah masuk bilik rawatan, macam hotel 5 Star pula.
Best betul bila check di Klinik As-Salam ni.
Cawangan pun ada banyak!
Sebarang tempahan slot boleh ke:
https://book.kliniksalam.com/customer
Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/