Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

CUACA PANAS? Ini Simptom dan Gejala yang Anda Perlu Berhati-hati !

CUACA PANAS BOLEH MEMBAWA MAUT !

☀ Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
❗ Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
❗Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
❗ Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
❗Penghidap penyakit sistem pernafasan.
❗Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid

AMBIL PERHATIAN
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :
🔴 Sakit kepala
🔴 Keletihan
🔴 Lemah tumpuan
🔴 Pening
🔴 Lemah otot–otot atau kekejangan
🔴 Mual dan muntah

SEGERA dapatkan rawatan di Klinik As-Salam jika anda mengalami simptom atau gejala yanh telah disebutkan. 

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#cuacapanas #strokhaba #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #malaria #nyamuk #ramadan #terpalingsihat #terpalingsihatraya

Scroll to Top