Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Benarkah Risiko Untuk Mendapat Penyakit Lagi Tinggi Jika Anda Di Tanah Suci?

Apabila tuan puan di tanah suci, risiko untuk mendapat penyakit itu lebih tinggi

Risiko untuk mendapat penyakit itu lebih tinggi , sebagai contoh jika tuan puan merokok, tuan puan akan terdedah untuk mendapat strok dan serangan jantung.

Baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui persiapan buat para bakal jemaah haji dari sudut :
✅ Spiritual
✅ Mental
✅  Fizikal

Apakah persediaan dari sudut spiritual yang boleh di lakukan oleh jemaah haji?

Dari sudut spiritual :
🕋 Dapatkan ilmu dan info yang sahih tentang amalan dan kerja haji seperti contoh dari kursus haji.
🕋  Ambil tahu tentang maklumat seperti cuaca , keadaan dan tempat di tanah suci supaya anda dapat membayangkan keadaan untuk mengerjakan ibadat di sana nanti.

Apakah persediaan dari sudut mental yang boleh di lakukan oleh jemaah haji?

Dari sudut Mental :

Kebiasaanya ustaz atau mutawif akan berpesan, samakan keramaian orang-orang di tanah suci seperti kita berada di padang mashyar kelak.

🧠 Mula dan amalkan dengan ‘positif thinking’ atau berfikir perkara-perkara yang positif dan baik-baik sahaja.
🧠 Ambil tahu cara untuk mengawal dan menghilangkan stress

🧠 Dapatkan latih dan amalkan cara tidur yang baik

Perkara diatas perlukan persiapan dan latihan kerana di tanah suci nanti amat mencabar sebab banyak perkara yang bakal mendatangkan cabaran atau dugaan kepada mental jemaah.

Jika tiada ilmu dan mencari yang ahli, berkenaan kawal stress dan tekanan, boleh jumpa dengan pakar psikologi kami di Klinik As-Salam Kajang.

Apakah persediaan dari sudut fizikal yang boleh di lakukan oleh jemaah haji?

Dari sudut fizikal :

🍛 Dapatkan pemakanan yang terbaik dan halal, pemakanan yang optimum dari sudut gizi dan nutrisi ; kerana apabila sampai di sana, pemakanan & menu berkemungkinan akan menjadi tidak menentu.

🍛 Jika perlukan penambahan dari sudut makanan tambahan (multivitamin), tuan atau  puan boleh sediakan dari sebelum berangkat ke tanah suci.

🍛 Hidrasi , dapatkan air secukupnya ;


Sediakan bekas air tersendiri, biasakan dengan minum air di Malaysia tetapi jika anda mempunyai penyakit seperti buah pinggang atau penyakit yang tidak boleh minum berlebihan air, bolehlah berbincang dengan doktor anda atau datang ke Klinik As-Salam dan berjumpa dengan doktor kami yang bertauliah dan mempunyai kelayakkan dari Tabung Haji.

 
 Dari sudut fizikal – fitness

Persiapan dari sudut fitness sangat penting kerana seluruh amalan , pekerjaan dan syarat haji itu menuntut  fizikal

Doktor kami menyarankan untuk mempertingkatkan kecergasan sedikit demi sedikit menjelang haji. Persediaaan kecergasan bermula berbulan-bulan sebelum musim haji menjelang.  Anda boleh bermula dengan berjalan, kemdian berlari  asalkan dari sudut kardiofitness itu ada penambahbaikkan.

 
Seperti kita tahu, perjalanan haji ini yang kita tahu adalah satu perjalanan yang memerlukan persiapan dari sudut agama, tenaga, fizikal dan mental. 
✅ Kebersihan
✅ Suhu yang berbeza berbanding Malaysia

✅ Kos ubatan yang mahal

Klinik As-Salam ada pakej pemeriksaan kesihatan khas untuk jemaah haji dan umrah. Pakej ini dipanggil sebagai “ONE STOP CENTRE HAJI & UMRAH”
Pelbagai perkhidmatan yang disediakan dalam “ONE STOP CENTRE HAJI & UMRAH” ini, antaranya :
✅ Pemeriksaan kesihatan untuk jemaah haji/umrah
✅ Penyediaan pakej vaksin wajib & tambahan
✅ Rawatan sakit sendi dan lutut
✅ Bekalan ubat yang lengkap
 

Klinik As-Salam adalah panel klinik berdaftar dengan Tabung Haji bagi pemeriksaan bakal haji sejak 2012.

Pada mereka yang :
🕋 Akan mengerjakan haji atau umrah
🕋 Ingin melengkapkan persediaan sebelum berangkat ke tanah suci

Boleh dapatkan info lanjut tentang “ONE STOP CENTRE HAJI & UMRAH” dengan datang terus ke Klinik As-Salam, atau hubungi kami di :

Careline :
012-4140969
03-9078 3030
Scroll to Top