Setiap orang mempunyai badan yang berbeza. Ada yang mudah turun berat, ada yang susah nampak perubahan walaupun sudah jaga makan dan bersenam. Ada juga yang cepat penat, mudah craving atau rasa badan tidak memberi respons seperti orang lain.

 

Salah satu faktor yang boleh mempengaruhi perkara ini ialah genetik.

 

Apa itu DNA?

DNA atau DeoxyriboNucleic Acid ialah maklumat genetik yang ada dalam badan kita dan diwarisi daripada ibu bapa. Ia juga boleh dianggap seperti “kod badan” yang menyimpan maklumat tentang ciri-ciri dan kecenderungan tertentu dalam tubuh.

 

Melalui DNA tersebut, kita boleh lebih memahami bagaimana badan kita bertindak balas terhadap pemakanan, metabolisme, aktiviti fizikal dan gaya hidup harian

 

Apa Kelebihan Mengetahui Maklumat DNA?

Kita dapat mengenali badan sendiri termasuklah:

– Cara badan memproses nutrien tertentu

– Faktor yang mungkin mempengaruhi metabolisme

– Respons badan terhadap aktiviti fizikal

– Kecenderungan terhadap faktor kesihatan tertentu

– Panduan untuk membuat pilihan gaya hidup yang lebih sesuai

 

Penting ke buat test DNA?

  • Membantu kenali badan dengan lebih mendalam
  • Membantu dalam pengurusan berat badan
  • Bukan untuk mendiagnosis penyakit
  • Meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan diri

Dengan memahami maklumat DNA, kita boleh membuat pilihan gaya hidup yang lebih sesuai, lebih terarah dan lebih yakin mengikut keperluan badan sendiri.

 

DNA Signature Coming Soon di Klinik As-Salam

Kenali badan anda dengan lebih mendalam dan mulakan langkah penjagaan kesihatan yang lebih personal.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top